Monday 23 May 2011

Muhammad al-Fateh





Jari-jemari ku lembut memetik tali gitar, halus mengarang melodi bait-bait lagu Rossa takdir cinta. Rambut ikal mayang ku mengerbangan di tiup angin fajar, sayu itulah rasa ku tika dan saat ini ,sempurna dengan alunan lagu melankolik itu.




Rossa- takdir cinta




KU TUTUP MATAKU
DARI SEMUA PANDANGANKU
BILA MELIHAT MATAMU
KUYAKIN ADA CINTA KETULUSAN HATI
YANG MENGALIR LEMBUT
PENGUSA ALAM TOLONGLAH
PEGANGI AKU BIAR KU TAK JATUH
PADA SUMUR DOSA YANG
TERKUTUK DAN MENYESATKAN CINTAKU
ANDAIKAN KU BISA LEBIH ADIL
PADA CINTA KAU DAN DIA
AKU BUKAN NABI
YANG BISA SEMPURNA KU TAK LUPUT
DARI DOSA BIARLAH KU HIDUP
SEPERTI INI TAKDIR CINTA HARUS BEGINI
ADA KAU DAN DIA BUKAN KUYANG
MAU OH TUHAN TUNTUNLAH HATIKU


Aku terus memainkan lagu melankolik itu, embun dingin yang menyapa tubuhku, aku biarkan meliar menerobos relung hati ku. Ombak yang menghempas pantai, seolah membisik kata cinta di telingaku, aku tersenyum sendiri. Melihatkan panorama matahari terbit di pantai teluk cendana benar-benar memukau inderaku.




“Cik muda puan besar panggil suruh bersiap ke sekolah”  suara garau mak pah menghenti lamunanku..




“ah..Mak Pah...jap..kejap lagi saya bersiap”  jawab ku malas..




Aku bingkas bangun menuju ke  “Villa Bidadari Cinta”, sebuah villa yang cukup indah tersergam diantara Pantai Teluk Cendana dan Pantai Batu Putih. perhiasan tamannya sudah cukup mengujakan setiap tetamu yang berkunjung, taman yang ala-ala “Fairy tale” dengan kombinasi warna putih hijau dan coklat pasti menggamit pandangan mata yang melihat.




....................................................................................................................................................






“Puteri Nur Maisarah mari duduk dulu, ummi masakkan nasi lemak yang kamu suka”


Aku mengatur langkah menuju ke meja makan..




“Selamat pagi umi!” sambil mengatur di mana hendakku labuhkan punggungku, aku mengambil  pinggan nasi lemak yang ummi khadijah hulurkan kepadaku.




“Sarah, ummi ada sesuatu yang nak ummi bincangkan dengan sarah...”ummi bersuara perlahan kepadaku, ada getar di hujung lunak suara ummi yang mendodoikan ku saban malam, tiika aku masih kecil....




“er....ape ye ummi??” keriasauan ku mula memuncak, apa yang ummi nak bincangkan ni??Alamak tah-tah ummi tau kemana aku pergi selama ni saban malam..monologku sendirian....




“ Ni hari pertama sarah ke universiti kan?? Sarah nak pakai baju macam ni? dengan baju tak berlengannya, dengan ketat,sempit-mempitnya..Ummi tak nak la anak tunggal ummi ni nanti sesat pulak kat kota  kosmopolitan ni..Sibuk dengan manusia yang mengejar fatamorgana” ummi bersuara sayu, namun hatiku yang mengelegak umpama gunung merapi di jawa tengah,indonesia..Telingaku panas mendengar bebelan ummi..




Aku yang mengenakan pakaian t-shirt labuh tanpa lengan bewarna biru sapphire dan juga legging hitam pendek nampak agak seksi dengan potongan tubuh yang menggiurkan mata-mata pemuja wanita pantas sahaja aku bangun meninggalkan ummi yang mengeleng-geleng kepala melihat aku ..




Aku Puteri Nur Maisarah, gadis lincah yang baru sahaja menjejak ke umur 18 tahun.Aku nampak agak liar di mata masyarakat syumul kota kosmo ini. Aku kesal dengan keputusan ummi yang tidak membenarkan aku menyambung pengajianku di britain untuk menyambung ijazah ku dalam bidang perubatan. Aku kecewa dengan sikap ummi yang mementingkan diri.Aku yang dipaksa ummi melanjutkan pelajaranku di uiam atas alasan ummi akan menyekat perbelanjaanku di britain kelak jika aku berdegil..




“ahh !!alasan ummi je,aku benci ummi!!” hati kecilku bagai menjerit, pedal minyak kereta mewah ku tekan laju, meluncur di tengah-tengah kesibukkan kota kosmopolitan. Hatiku puas membahayakan nyawaku di tengah kota biar Ummi Khadijah tahu protestku..




“ STREETTTTTTTTTTT!!!!!!!!!!!” keretaku yang megah meluncur laju seketika tadi tiba-tiba terbabas, mengelakkan seseorang.


.................................................................................................................................


Lagu Inggeris yang berdentam-dentum di “Kelab Malam LAVERS” manggamatkan senario kota. Malam yang bersisa di gunakan untuk muda-mudi bersuka-ria, berpesta sakan dengan pasangan masing-masing. Aku yang sedang asyik menari sedari tadi terbuai dalam alunan rentak melodi barat yang mengkhayalkan minda ku.Tubuhku yang menggiurkan rancak menari mengiut irama lagu, tiba-tiba Joe datang kepadaku membawakan segelas coke katanya. Tangan ku pantas menyambut gelas coke, aku gembira bersama Joe.


Lelaki yang bertanggungjawab mengenalkan ku kepada kehidupan liar, aku yang sementah ini mengenal dunia seronok hidup sebagai kaki pub. Ummi yang tidak tahu aktiviti kupu-kupu malam ku hanya runsing memikirkan akhlak ku. Namun hidup perlu enjoy..


Jam yang menunjukan angka 4 pagi membuat aku sedikit gusar, Ummi pasti marah. Aku yang menjadi anak tunggal harapan Ummi tidak pernah pulang selewat, naya aku malam ni..




“Sayang, you nak kemana ni?rilex la, I kan ade” Joe bersuara lemah.




“Joe U hantar I balek, mama I marah nanti” ade sedikit kerisaun terlakar di raut wajahku. Riak wajah Joe memaparkan kekecewaan.




Setibanya di rumah, sunyi sepi.Hanya bunyi Azan subuh yang berkumandang. Tanpa ku sedar sedari tadi Joe bawa ku melewang, pergi makan katanya, dah la aku sampai subuh-subuh ni. Harap Ummi dah tidur..




“Sara..” Aku kaget, aku sangkakan sunyi yang menyambut kepulanganku namun riak marah ummi yang menggetar jiwaku..




“Ummi tak tidur lagi?” Aku hanya mampu tunduk menghalakan wajahku di hamparan karpet berbulu..lembut..




“Sara ke mana balek pagi-pagi macam ni lebih baik tak payah balek...Sara ni sedar ke tak!!” Tenging ummi..meriakkan wajah marahnya.Aku terkedu..




“Ummi Sara pergi rumah Nisa, Sara takut nak balek, so Sara tidur je lah rumah Nisa” Suara ku masih takut-takut..




“Owh..Sara pergi rumah Nisa..Tapi kenapa bila ummi call rumah Nisa, Nisa kata awk tak ade kat rumah die.” Alamak...Wajahku  kamu ke membiru.Pucat...




“Sara ni apa nak jadi ni.Balek pagi-pagi..Bau masam dengan bau rokoknya...Ingat Ummi tak kenal bau arak!!!!Kamu ingat Ummi bodoh...Kamu ni nak jadi apa !!Pelacur? Anak sial macam kamu tak layak jadi anak ummi dengan tube yang kamu pakai ni ini ke rupanya beru balek dari study?!!!!!!!!!!!!!”






Aku diam termanggu, tersentak jantungku mendengar kata-kata kesat yang Ummi lemparkan pada anak remaja kesayangan arwah suaminya.




“Sampai hati kamu Sara, buat Ummi macam ni.Sara apa yang kamu nak selama ni Ummi sediakan.Apa lagi yang tak cukup Sara??Sampai sampai hati kau jejak tempat syaitan tu?Ummi dah lengkapkan Sara dengan ilmu kalam Allah..Nauzubillah min zallik..Sara susah ke nak bezakan yang hak dan batil???” suara Ummi sikit mengendur ,namun hati aku makin panas muak dengan lakonan hipokrit Ummi.




“Ummi cukup, tau tak telinga Sara ni panas je dengar!!Sara muak dah tengok sandiwara Ummi, jelik tau tak? Ummi ingat Ummi tu baik sangat?alim?Ingat Sara tak tau Sara ni hasil anak haram Ummi. Cheh!! Setakat cikgu sekolah rendah nak lecture aku.”




“Sara cukup!!! Baik Ummi kalah, dulu Ummi memang ingat Ummi dapat bentuk Sara. Tapi Ummi salah anak pelacur macam kau memang tak layak duduk kat rumah ni!! KELUAR!!”




.................................................................................................................................




“ STREETTTTTTTTTTT!!!!!!!!!!!”




Tiba-tiba aku nampak ayah. Aku nampak ayah pegang tangan seorang perempuan, perempuan tu seksi dan dia tengah gendong anak dia. Aku cuba panggil ayah tapi, ayah tak endah. Dari satu sudut aku terlihat wajah Ummi Khadijah yang aku benci.




“Ayah!! Ayah!!”




“ Cik, cik” tiba-tiba satu suara yang cukup gemersik menyedarkan aku dari pembaringan realiti ku.




“ Awak siapa?, saya di mana?” aku masih bingung ,kepala ku bagai digelek lori triler dek kerana terlalu sakit.




“ Maaf cik, cik terbabas ke bahu jalan kerana mengelak dari saya. Saya penyebab cik kemalangan. Maaf..Saya tak tau macam mane nak minta maaf,salah saya “




“...??” Aku masih termanggu-manggu dalam dunia sendiri.




“Awak sape?”




“ Saya Mohd. Al-Fateh ,maaf cik tapi cik doktor kata cik perlu berehat lusa cik boleh keluar. Jangan risau bil hospital cik


saya akan tangung “ gemalai suaranya menenangkan gusar yang mula mengganas di relung hati kecilku.




Hari ni aku akan keluar hospital.Baju putih ala-ala sweeter aku kenakan pada tubuh kecilku,seluar jeans biru Denim melengkapkan gayaku. Aku termanggu di tingkap hospital, permandangan taman botani yang penuh kehijauan meninjau saujana hidupku yang penuh dengan dosa. Aku tak tahu kemana arah tuju ku, perlahan-lahan sejalur jernih air mata mengalir perlahan di pipiku. Hangat..




“KRETTT...” perlahan-lahan kedengaran pintu bilik wad D3 mawar di kuak.




“ Cik ,saya akan hantar cik pulang. Kereta cik rosak saya dah hantar ke workshop. Nanti saya akan hantar kereta cik ke alamat cik ye.”




“ Jadi kita nak kemana?”




“ Rumah cik?”




.................................................................................................................................




Permandangan indah Resort Gardeni’e mengamit cinta. Kehijauan yang memilik taman Gardeni’e cukup membelai salju.  Taman indah Gardeni’e bersebelahan dengan Pantai Teluk Dalam menambah gamitan mata yang memandang. Ya Allah betapa indah aturan Mu. Dia anak pemilik resort ini , katanya sebagai tanda minta maaf nya aku dapat tinggal di chelet ini sehinggalah kereta Peugeot ku siap dibaiki semula.




“ Assalamualaikum “ seorang wanita separuh usia mematikan lamunanku.




“ Waalaikumsalam, mak cik” sebuah senyuman aku ukirkan sebagai balasan salamnya.




“ Apa nama kamu nak?” Wanita itu bersuara lagi




“erm, Puteri Nur Maisarah mak cik”




“ Boleh mak cik panggil kamu Nur? Panggil mak cik mak Eton ye. Ah Nur  sarapan dah mak Eton sediakan, mari kita ke bawah ye.”




Aku hanya jadi menuntun gerak kaki mak Eton ke beranda resort. Wangian Nasi Lemak pandan benar-benar MEMIKAT selera ku.




“Wah Mak Eton masak ye, sedap nye”




“ Eh tak de lah, Ateh yang masak. Hari ni rajin pulak die bangun pagi-pagi nak menyiapkan nasi lemak ni ha..”


Ateh desus hati ku mungkinkah pemuda itu..




“ Nama penuh nya Mohd. Al-Fateh, mak cik panggil die ateh..Die cakap kerana die ye kamu kemalangan?” agakan mak eton agak mengena sasaran.




“ye..,erm tapi Mak eton saya tak nampak pon die”




“Owh Ateh pukul 7.30 lagi dah pergi keje. Dia besar pangkatnye kat Alamanda tu. Apa namanye Jurutera Mekanikal kalau tak silap mak eton. Hem die tu dulu belajar Britain dulu tu, tapi sayang die baru je putus tunang. Die dulu da ade tunang dengan cikgu tapi tu lah tak de jodoh. “ kelat Mak Eton bersuara mungkin sedih agaknya..




“ Maafkan saya mak  cik, ibu mana yang tak sedihkan” suara ku mengendur dengan harapan dapatlah menenangkan hati seorang ibu..




“ Eh mak cik bukan mak ateh. Mak Eton cuba pekerja kat sini. Mak die nun kat Johor sane. Anak mak eton semua dah tak de, kemalangan jalan raya . Mak eton je selamat.. Sejak haritu die selalu datang ke resort ni temankan Mak Eton, die memang anak yang baik. Sejuk perut Puan Zaharah” Sedu sedan Mak eton sedikit kedengaran..




.................................................................................................................................




Sejuk kaki yang memijak lantai bumi Tuhan ini tidak aku endahkan. Seronok rasanya dapat tinggal di bumi indah ini. Ikan kecil yang bermain di permukaan pantai cuba ku tangkap.




“ Ah sikit lagi..” senyum ku meleret dek kerana terlalu gembira dapat lari dari Ummi dan hidup hitam ku di Club. Aku bencikan tempat itu.. Aku rimas tapi kat sini tenang je.




“ JANGAN USIK !!” laungan entah siapa yang menghalang aku dari terus mengejar obor-obor tadi, terapung-apung melebarkan tubuhnya yang lut sinar di bawah terik mentari. Aku terus berdiri melihat bayang-bayang manusia yang cuba berlari ke arahku.




“ Awak usik ke obor-obor tadi?” Soalnya serius seolah-olah haiwan laut itu bisa membunuhku.




“ Tak lah, tapi kenapa tak boleh usik?” soal ku bodoh




“ Tu obor-obor laut bahaya..Obor-obor tu keluarkan arus elektrik tau.”




“eh awak tak kerje ke?”




“ Waktu rehat saya balik nak jenguk keadaan awak” Jawabnya malu-malu.




.................................................................................................................................




Aku menyandar tubuhku di pagar beranda resort yang terdiri dari kayu. Senja yang mula melabuhkan tirai jingga nya menandakan malam hampir datang.




“ Auzubilahirminasyaitonirrojim....yaassiiin”




Kedengaran sayup-sayup bacaan surah yassin menggetar jiwaku. Berlinang air mataku mengusap lembut belahan pipi. Teringat suatu ketika dahulu kelembutan dan kesabaran Ummi Khadijah mengajarku huruf-huruf kalam Allah itu. Namun  sudah lama rasanya  aku tinggalkan kalam suci itu. Ya Allah ampunkan dosa hamba-Mu ini.Aku tahu apa yang aku lakukan semua ini salah namun terasa berat untuk aku membetulkan segalanya. Sayu senja meninggalkan hamparan langit merah, mentari berganti purnama.




.................................................................................................................................




Empat hari sudah terasa lamannya aku meninggalkan Ummi tanpa khabar berita entah dia risau atau gembira aku pergi..




“Assalamualaikum..” Wajah fotogenik Fateh kelihatan sempurna di mata ku..




“ Waalaikusalam” jawabku ringkas, berdebar rasanya di tegur oleh pemuda yang segak bersongkok itu.




“ Nur, berat rasanya Fateh nak bagi tau tapi Peugeot Nur dah siap. Bukan maksud saya nak menghalau tapi kalau Nur


nak tinggal sini lagi saya berbesar hati. Cuma kalau Nur nak kemana-mana saja itu yang nak Fateh bagi tau kereta Nur dah siap.” Senyuman manis itu memikat hati ku.




“ erm ye..” jawabku ringkas, namun jelas wajahku mula memerah. Wajah fotogenikku nampak cantik dengan rambut separas bahu yang mengerbangan di tiup bayu.




“ Nur, Fateh nak tanya. Dari gaya Nur rasanya masih lagi belajarkan?”




“ erm Ye..Saya belajar di UIA kos perubatan”




“ Oh bakal doktor ni ye..Doktor Nur”




“Fateh saya nak minta tolong boleh?”




“ye Insyaallah kalau saya boleh bantu saya akan cuba ye”




“ Saya nak belajar agama..Saya nak bertudung.Kalau Mak Eton dan Fateh sudi beri tunjuk ajar?” Aku menundukkan wajahku setitis demi setitis air mataku gugur ke bumi indah ini.




.................................................................................................................................




Kaki ku mengijak semula ke laman Villa Bidadari Cinta. Bergetar rasanya hati ku.Aku yang tampak manis mengenakan tudung bawal lilit bewarna kuning dan baju baju blouse labuh yang sedondon aku memulakan kalimah salam ke atas penghuni Villa Bidadar Cinta.




“ Assalamualaikum, Ummi”




“ Waalaikumsalam”Wajah Ummi di dongakkan melihat wajah tetamu nya dengan lebih jelas.




“ Ya Allah Sara!!”




.................................................................................................................................




Hari berganti hari dan minggu menjentik bulan. Selama enam bulan perkenalan ku dengan Mohd. Al-Fateh hati kecil ku mula terpaut pada hamba Allah yang telah mengubah sosio hidupku. Alangkah hatiku mahu menjadi permaisuri hidup nya. Ummi Khadijah pun mengharap fateh dapat membimbingku seumur hidup. Aku mula redha dengan ketentuan Allah yang penuh dengan hamparan hikmah menempatkan aku di UIA dan bukan di Britain. Alhamdulillah syukurku...




“ Trittt..” Bunyi lantang hanphone ku mematikan lamunanku. Mesej dari Fateh yang menyatakan untuk menjemputku usai tamat kelas ku terima dengan hati yang riang.


Sesampainya kami di sebuah restoran terapung di Teluk Intan berdekatan dengan universiti ku. Fateh mula bersuara...




“ Terima kasih ye Nur sudi datang..Fateh ade kejutan untuk Nur..”




‘?? Kejutan??’ hati ku mula riang memikirkan kemungkinan untuk dia menyatakan perasaan nya terhadapku.Aku menuntun langkah perwira hati ku itu.




“ Jeng ..Jeng..Jeng..haha Nur kenalkan ini Cikgu Rosniah Melati Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Hilir Barat yang merangkap bekas tunang Fateh yang sombong dulu,. Ingat tak dialah yang Fateh ceritakan dulu.  Tak sangka kami dipertemukan semula..”




Seorang  wanita lewat 20-an yang nampak anggun berbaju kurung merah pudar. Nampak sepadan benar dengan Fateh. Aku hanya mampu tersenyum namun siapa tahu cemburu ku yang membuak-buak.




“ Ha ni Ros kenalkan adik angkat Fateh yang comel..Haahah”




Tangan ku menyambut jabatan salam wanita anggun di hadapn ku itu.. Sejuk tangannya. Usai bersalam aku yang ibarat cacing kepanasan cuba membuat muka “poker face” lagak ayu..”




“Ha abang cakaplah” lembut suaranya mencelah perbualan aku dan Fateh.




“ye la ok..Nur abang  nak Nur jadi pengapit abang bulan depan. Abang dengan Kak Ros tak nak tunang dah nak nikah terus. Kalau adik abang ni berbesar hati sudi prepare majlis abang tolong ea.”




Aku tergamam ,hari yang aku anggapkan sungguh bertuah bertukar pahit buatku. Aku tak dapat menahan sebak.


Deringan lagu “What About Now –Dauhtry “ seakan menyelamatkan ku.




“ Maaf ye Bang Ummi call penting katanye. Insyaallah adik akan tolong abang ngan kak Ros ye..Tapi ingat layanan VIP untuk adik nanti jangan lupe ye.”


.................................................................................................................................


Suasana hiruk-pikuk di sebuah rumah mewah di Stulang , Johor Bahru menggamit kegembiraan. Aku yang manis berbaju kurung rona merah pudar sedondon dengan tudung yang melilit mahkotaku kemas. Kulit ku yang terserlah dengan rona pudar membuat aku tampak benar sopan dan jelita.




Aku yang sedari tiga minggu lalu bertungkus-lumus menyempurnakan majlis perkahwinan lelaki yang aku cinta.. Tapi malang, bukan aku yang berdiri diarak sebelah lelaki itu. Hancur luluh semua harapan ku..Tapi aku bahagia tengok orang yang aku suka, orang yang aku cinta bahagia. Semua ni dah cukup, cukup sempurna untuk aku. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana Kau pertemukan aku dengan hamba-Mu itu.




“Alhamdulillah akhirnya abang dan kak dijodohkan juge. Nur harap sangat dapat jodoh yang soleh macam abang. Akak jage la abang baik-baik ye ,moga korang dikurniakan anak-anak yang soleh soleha.aminnn” dengan senyuman yang manis aku terus meninggalkan mereka mungkin selamanya.




Lepas je Majlis perkahwinan abang al-Fateh dengan kak Ros, aku tak hubungi lagi diorang. Rajuk hati ku bawa ke Britain, Ummi menemani ku sepanjang disana. Akhirnye ,selepas tujuh tahun menjadi perantau sepi aku mengambil keputusan untuk menjadi sukarelawan di Palestine. Ummi Khadijah sentiasa menyokong perjuangan getir ku walau pun aku secara biologikalnya aku bukan anak Ummi. Biarlah dosa arwah ayah dan ibuku, Marlia seorang bekas model satu ketika dulu menjadi sejarah bagiku. Biarlah aku yang bukan anak halal yang layak mengemis cinta suci hamba-Mu ini mengorbankan segala hidupku untuk berbakti pada Islam. Biarlah siapa pun aku Ummi tetap ada di sisi ku. Biarlah cinta Muhammad al-Fateh menjadi kenangan paling manis sepanjang hidupku.




.................................................................................................................................




Cinta Muhammad al-Fateh dan Puteri Nur Maisarah biarlah berkubur di bumi agung ini, bumi para anbia'.Mata ku katup sejenak ,sejalur jernih air mata perlahan-lahan membasahi pipi mulusku. Niqab ku mengerbangan di tiup angin fajar. Sesayu hati ini,dingin dan kosong..Sekilas ekor mataku menangkap bayang seseorang dari sisi ku..




“Al-Fateh??”




“Assalamualaikum, Nur”




"Waalaikumsalam" jawab ku gementar




Gemalai suara itu lagi yang membisik rindu ku saban hari.




“Fateh datang ni bukan atas sebarangan sebab. Tadi Fateh dah bertemu Ummi di Cairo. Fateh nyatakan hasrat Fateh untuk melamar Nur.Nur jangan risau Kak Ros restui kita. Kak Ros pun sayang Nur macam abang sayang Nur” tenang bibirnya membutirkan bicara.




"Tapi kenapa tiba-tiba?" Mataku mula memerah semula, sejalur jernih air mata menuruni pipi,deras. Ya Allah !! bergetar hatinya memuji kebesaran-Mu Ya Rabbul Izzati.




"Abang mintak maaf Nur,abang tak sedar hadir Nur dalam hidup abang. Lepas Nur pergi, abang cari Nur merata tempat. Kak Ros jadi peneman abang, dia terima Nur seadanya. Abang perlukan Nur sebagai suri hati abang.." bergetar suara gemersik itu




"Dari dulu sampai sekarang cinta Nur hanya untuk abang Fateh"




"alhamdulillah, terima kasih Nur"




Alhamdulillah....Terima Kasih Ya Rabb...

1 comment:

Cielo.Zunnurien said...

pergh pas belek3 balik cerpen ni memang panjang la wei..tapi bace lah ye :)...
ni bukan 1st karya aku..tapi ni memang aku la yang tulis berbekalkan ilham dari Yang Maha Esa =)