Monday 22 July 2013

Yang Tak Terluahkan

Bukan semua
Yang mampu terucapkan
Rasa indah, sayang
Ukhwah dan persahabatan pun 
Tak mampu kedengaran
Suara sahutan yang menjalinkan 
Ikatan dalam hati
Seperti telepati yang
Menghubung dua dimensi

Diam 
Menoktahkan segala kemungkinan
Nafas dalam sesak
Ibarat nyawa yang tersekat
Di hujung halkum
Perit
Kerana itu
Bukan semua kata mampu terucapkan

Keliru yang bermain
Seribu helah
Membenak akal
Kata-kata mu itu kunci keserabutan
Luahkan
Walau mungkin
Sakit perit menjengah
Tak mengapa
Andai keruh jadi lumpur
Sekurang-kurangnya
Hati menemui
Destinasi ketenangan
Beban yang sarat
Ditinggal sesat
Hilang dalam kesesakan hidup.


Katakan pada Dia
Sang Maha Mendengar
Hikmah yang belum terlihat...


Jika tak mampu jadi lampu yang menerangi
Jangan jadi bayang yang melitupi