Friday 30 December 2011

Sebenarnya..

Sebenarnya kan 
Aku tak tau ape function blog ni
Dalam life aku 
Muahaha
2011 say bye2
Dengan seribu kenangan pahit manis
2012 say sawadicap !
Esok rahsia Allah


Semuanya menjadi rahsia
Hari esok, jodoh, cinta, bahagia, duka,

Semuanyakan
Hari ini pula dalam genggaman
Menjadi cerminan buat hari esok


Saya harap sangat saya jadi apa yang saya mampu jadi
Saya harap sangat dapat lalui rahsia Allah 
Dengan penuh kegembiraan
Semuanya untuk hari esok
Saya sayang keluarga saya
Dan tak ada manusia khilaf yang dapat tandingi


Menyimpul balik kenangan 2011...
Saya belajar untuk jadi punctual
belajar untuk menjadi diri sendiri
Belajar untuk jangan takut
Belajar untuk belajar


Macam2 ilmu dunia yang terselit dalam genggaman
Moga hari esok dapat saya kalahkan


Caiyok3..
Cop kejap 'aku'
Kejap 'saya'
Hurm ikut mood ok
Kalau saya rasa nak sopan guna kata ganti nama 'saya' je


Tapi kan jujurnya
Saya rindu sahabat-sahabat saya tu..
Macam Ez, kimie, 
Dan hellmi ;)


:)  :D  :/  ;) :@  :3  :>  :<  :(  :l  :Zzz  :B  T_____T :P -___-"

Till then ~~ Chow

Tuesday 27 December 2011

Wishlist 2012

2011 mula mengundur langkah
2012 take over hehe..


Aq tengok ramai je buat wishlist untuk new year.
Aku tak de la sangat wishlish..
Lagi pun kalau aq tulis kat sini badjet cam termakbul..
So actually aq memang x de wishlist
Tapi


Harapan aku


Aku cuma nak


*Nak Improve my english
*Nak Allah permudahkan semua urusan dunia
*Nak Family aku selalu bahagia
*Nak Bahagiakan semua orang
*Nak Cuti banyak-banyak supaya dapat balik rumah selalu
*Nak Assignment dipermudahkan
*Nak flying color dalam exam
*Nak belajar ilmu kalam Allah
*Nak belajar mencintai Allah dan Rasulullah dengan sempurna
Amin.. :)

Tuesday 20 December 2011

Mata Coklat Si Gadis Buta



“Wah akak tengok tu ade burung flamingo la dekat pantai tu” Jari halus kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu menunding ke arah sekumpulan burung merpati yang yang bertenggek di atas dahan pokok rhu pantai itu.
“Chet tu bukan flamingo la tu burung merpati je la” Tegasku.
Kami sama-sama tergelak. Percutian di Pulau Tioman adalah tiket hadiah kepadaku. Kak Long berjanji akan membawaku melancong kerana aku berjaya mendapatkan keputusan cemerlang dalam SPM iaitu 10 A1. Alhamdulillah.
Ibu yang sedari tadi tersenyum sendiri di sebelah ayah memanjatkan kesyukuran ku kira, sementara abang ngah pula merenung permandangan indah lautan membiru dari dalam tingkap kereta. Kak long pula sibuk melayan kerenah anak sulungnya, Iskandar.Abang Long yang sedari tadi fokus dalam  pemanduan ketawa kecil. Alhamdulillah seronok dan bahagia yang menyerap dalam hatiku.
“Nanti ibu nak Sara jadi doktor ye. Banggakan ibu dan ayah” Ibu bersuara, syahdu hatiku mendengar.
“Alah Sara tu jadi doktor alamat matilah pesakit dia semua da la garang macam singa” Abang Ngah ku mencelah.

Semua yang dalam kereta ketawa tanda mereka mengiyakan ‘statement’ Bang Ngahku. Aku mencebik, marah. Tiba-tiba..
“STRERETTTTTTTTTTTTTTTTTTT !!”
Satu dentuman kuat menerjah gegendang telingaku. Aku terpekik, bagai diserang hysteria. Abang Long hilang kawalan pemanduannya, kereta Avanza yang dipandu Abang Long melanggar sebuah Treler..
……………………………………………………………………………………………………………….
‘mimpi ni semua mimpi!’ monolog hatiku
Sakit menerpa di setiap inci tubuhku, Ya Allah aku harap ni semua hanya mimpi ngeri. Mata aku cuba buka, namun payah dan perit. Tangan ku raba 360 darjah di sekelilingku.
“Ibu, Ayah, Kak Long, jawablah !!!” Pekik ku. Satu cairan hangat merembes dari mataku , pedih ya Allah.
“Bang Ngah, Iskandarrr!! Bangun lah! Bangun! Sara takut. Janganlah buat Sara macam ni !” Aku menangis semahunya.
Bunyi ambulance menerpa telingaku, kakiku terasa sakit, mataku perit, bau hanyir darah berselerakkan menusuk deria bauku. Dunia ku gelap, aku lena.
‘Ya Allah cepatlah sedarkan aku dari mimpi ngeri ini, amin’ doaku.
……………………………………………………………………………………………………………….
“Mak Su tipu ! Tipu ayah ibu hidup lagi. Kenapa tanam !! Mak Su kejammmm !!” Jeritku memecahkan suasana bening bacaan yassin di tanah perkuburan Seri Mawar itu. Air mataku bercucuran.
“Sabar Sara, jangan macam ni, Sara kene kuat” Tenang suara Mak Su menenangkan hatiku.
“Pak Cik kenapa buat keluarga Sara macam ni, Kak Long, Bang Ngah semua hidup lagi, keluarkan la balik “ Aku merayu kepada mereka yang berada di sekelilingku.
“Anak sabarlah, sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti merasai mati, kematian itu adalah rahsia Allah. Kalau kamu sayangkan keluarga kamu, relakanlah pemergian mereka, kita sedekahkan al-fatihah sama-sama..Anak sabar ye ” Kata seorang mak cik yang cuba menenangkan ku, aku menangis dalam pelukkan mak cik itu.
……………………………………………………………………………………………………………….
Sejak kemalangan itu Allah menarik nikmat penglihatan ku, aku tidak dapat menerima pemergian ahli keluarga ku saat kami bergembira meraikan keputusan cemerlangku.  Aku hidup di dalam kegelapan. Aku kini bukanlah Miasara yang optimistic seperti satu ketika dulu, satu-satunya senyuman manis yang ibu sering puji sudah luntur dari wajah manisku. Aku hilang segala-galanya, aku hilang sebuah kemanisan berkeluarga, aku hilang sebab untuk tertawa malah kemalangan itu merangut semangat, dunia dan hidupku selamanya. Malah aku sudah hilang pancainderaku sebab satu-satunya untuk aku terus bernyawa. Mak Su menggalas yang tanggungjawab sebagai penjagaku. Mak Su seorang wanita berkerjaya yang berusia 32 tahun, dia pernah berkahwin tapi suaminya terlibat dalam kemalangan kapal terbang yang meragut nyawanya. Mak Su yang merupakan seorang pensyarah di salah sebuah university terkemuka di Malaysia hanya sabar melayan kerenahku.
“Tok..Tok!” Pintu di ketuk perlahan. Bunyi derapan kaki manusia menghampiri katilku  dan aku yakin itu Mak Su.
“Assalamualaikum Sara” lembut suaranya mengetar gegendang telingaku.
“Waalaikumsalam” Jawabku acuh tak acuh.
“Sara, dah enam bulan keluarga kamu pergi. Sampai bila kamu nak memerap kat sini?” Soalannya aku balas dengan diam seribu bahasaku. Dia mengeluh kecil.
“Sara, Mak Su pergi dulu ok.” Mak Su bingkas bangun.
“Mak Su, Sara nak sambung belajar” Sebutku lemah.  
“Alhamdulillah.. Macam ni la anak buah Mak Su” Mak Su memeluk tubuh kecilku, dia mengengam erat jari jemariku, bibir dinginnya mengucup ubun-ubunku. Benteng air mataku pecah jua. Aku menangis semahu-mahunya.
“Maafkan Mak Su Sara. Mak Su bukan nak bertegas mahupun memaksa Sara, Mak Su Cuma nak Sara ada kehidupan yang lebih baik. Mak Su tau kamu rindukan Ibu kamukan.” Aku menangis dalam pelukkannya, aku benar rindukan ibu. Masa ini sepatutnya ibu yang memelukku dan meredakan tangisku.
………………………………………………………………………………………………………………
Kakiku melangkah turun dari perut kereta Mak Su, sudah empat hari aku menyambung pengajian ku di sini. Aku belajar untuk berjalan tanpa mata, di sini aku berusaha menimba ilmu tanpa sokongan sebuah keluarga. Alhamdulillah mujur Mak Su sentiasa berdiri teguh disisi ku. Aku sebagai siswi jurusan pengajian tesl di University Malaya tempat Mak Su ku mengajar berusaha hidup dan berjuang tanpa ada siapa yang berani mendekatiku. Siapalah yang ingin berteman dengan si buta yang menyusahkan. Tapi di sini aku telah membulatkan tekad mulai hari pertama aku menjejakkan kakiku disini setitis pun air mataku, aku tidak akan benarkan ia mengalir di pipiku.
Mak Su yang yang memegang buku ku setia memimpin ku ke bilik kuliah, deringan lagu nyanyian Opick-rapuh bermain di telingaku. Mungkin seseorang cuba menghubungi Mak Su, teka hatiku.
“Sara tunggu sini kejap ye, Mak Su nak jawab panggilan” Aku cuma sekadar mengangguk tanda mengiyakan arahannya. Buku bertukar tangan, aku hanya setia menanti di tangga yang menghala ke bilik kuliah.
“Bakkkkk !!!!!”
Tiba-tiba satu terjahan keras menghentam tubuh kecilku, aku terjatuh menyembah bumi. Buku-buku di tanganku habis berselerakan.
‘sakit’ getus hatiku.
“Woi ! buta ke?!” Satu jerkahan kuat membingitkan deria pendengaranku, aku terpaku.
“Dia memang buta la Fiq ko tak nampak ke mata dia tu kelabu semacam?” Sahut satu suara lain.
“Owh padanlah dia tegak je macam mumia baru bangkit tadi tak reti nak ketepi, buta rupanya, weh kau butakan? By the way ko pekak jugak ke?” Sinis suara itu membangkitkan kemarahanku. Suara ketawa yang bersahut-sahutan bagai memijak-mijak maruahku. Aku masih terdiam tersimpuh di lantai tangga university.
“Korang semua memang tak ada bahasa ke? Aku nampak tadi kau yang langgar dia kan? Sekarang ni kau ke dia yang buta?” Jerkah satu suara mempertahankan maruahku.
Tangan dihulur ingin membantu aku bangkit, aku akur. Buku-buku yang berselerakkan di lantai dikutip oleh lelaki itu lantas dihulurkan dengan baik kepadaku. Aku terkesima.
“Maaf Mak Su lambat. Kenapa ni Sara?” Mak Su datang, mungkin dia bimbang lelaki di hadapan ku itu mempunyai niat yang tidak baik ke atasku.
“Maaf nama saya Yusuf pelajar dari jurusan TESL tahun 1.Tadi ada beberapa orang budak yang ganggu er…dia ni” Lembut bicara lelaki itu. Aku menunduk.
“Owh jadi kamu sama kelas la dengan anak buah saya, Saya Puan Mashitah pensyarah dari teknologi makmal perubatan. Saya harap sangat Yusuf dapat tengok-tengokkan anak buah saya ni ye” pujuk Mak Su kepada pemuda yang baru ku tahu ku tahu namanya beberapa detik lalu.
……………………………………………………………………………………………………………….
Yusuf seindah nama dan peribadinya. Sungguh aku senang bersahabat dengan Yusuf, pemuda yang ceria, optimistic dan suka membantu. Berlainan dengan peribadiku yang sugul dan suram.Di dalam kelas Yusuf selalu membantu ku merakam,membaca dan macam-macam lagi yang dia sanggup lakukan untuk membantu aku didalam pelajaran.
Aku berdiri menyandar tingkap bilik tidur ku yang merupakan seni binaan yang bercorakkan Inggeris. Aku pasti kerana sebelum kejadian hitam yang menimpa ku, aku pernah meluangkan masa bersama Mak Su membelek album gambar, satu-satunya memori keluarga ku yang masih tersisa. Aku rindu saat aku memiliki warna dalam duniaku. Aku rindu ingin melihat hijaunya daun, birunya langit, Ya Allah. Rintih hati ku.
Angin malam yang tenang menampar-nampar pipi mulusku. Sungguh aku tenang. Lagu ‘bila waktu telah berakhir’ dendangan Opick menambah sayu di dalam hatiku.  Ingatanku kembali menerpa memori semasa keluargaku masih bersama di sisi ku.
……………………………………………………………………………………………………………...
Aku yang sedang menunggu Mak Su untuk melunaskan tugasannya di bawah pohon rendang bersebelahan dengan pejabatnya hanya mampu tersenyum sendiri mengingati bait perkenalan aku dan Yusuf. Tudungku yang mengerbang di tiup angin petang aku biarkan, manakala sandwich yang menjadi pengalas perut aku biarkan dingin dipuput angin petang.
“Assalamualaikum cik Sara buat ape duduk bawah pokok petang-petang ni? Teringat kat saya ke?” Sapa satu suara lembut di sebelahku.
“Waalaikumusalam, ish Yusuf ni mana ada tengah tunggu Mak Su la” Aku tersenyum kelat cuba menyembunyikan debar dan malu ku.
“Ala Sara tak payah nak tipu Yusuf la, bukan sehari Yusuf kenal Sara.” Getar dihujung suaranya membuat hatiku gelisah.
“Kenapa ni Yusuf?Semacam je?Sedih kene tinggal Nana ke?” usikku. Nana merupakan pelajar jurusan Multimedia yang sukakan Yusuf, entah apa la yang ada pada Yusuf ni sampai Nana tu gila bayang dengan Yusuf. Aku ketawa.
“Owh mengusik orang ye siap la Sara !” Ugut Yusuf. Sandwich yang ku gengam kemas direntap lembut  oleh Yusuf.
“Yusuff !” Jeritku. Selepas itu dia berjaya melarikan diri dan aku cuma mampu tersenyum kelat memandangkan sandwich terakhirku telah dirampas.
“Sara, halalkan sandwich tu ye” pujuk Yusuf.
“Eh baru seminit datang balik?” Sindirku
“Ye lah da abis sandwich datang la balik, nanti kalau ada kucing kacau Sara susah pulak Yusuf nanti” Sindir Yusuf, dia tahu aku takut dengan kucing. Entah kenapa aku semacam alah dengan haiwan yang dipanggil kucing. Dia ketawa kecil.
……………………………………………………………………………………………………………….
Genap 4 tahun usia perkenalan kami. Pelbagai perencah kehidupan di Universiti kami harungi, manis mahupun yang pahit. Pelbagai memori terpalit di dalam kotak memori aku. Lagi beberapa bulan kami akan menamatkan pengajian kami dan akan bergelar graduan tesl. Aku di perpustakaan sedang menelaah pelajaran menggunakan Braille.
“Eh kau tahu tak kenapa Yusuf tu tak pernah berengang dengan si buta tu?” Suara bisikkan beberapa pelajar perempuan melalui rak buku, ku dengar dengan jelas.
“Owh si Sara tu ke? Aku dengar Mak Cik si Sara tu bayar Yusuf suruh kawan dengan anak sedara dia. Kesian si Sara tu kan, da la buta si Yusuf tu pulak nak duit dia je”
‘ya Allah kenapa kau hancurkan hatiku, Yusuf’ bisikku pada hati.
……………………………………………………………………………………………………………….
Dua minggu sejak kejadian tempoh hari Yusuf tak lagi datang menemaniku. Aku hanya punya Mak Su meneman hari-hariku. Tiga minggu lagi hari hari jadiku bakal tiba. Aku masih ingat lagi setiap tahun Yusuf pasti akan menghadiahkan sesuatu kepadaku. Tiga tahun lepas dia menghadiahkan aku perakam yang mahal bagi tujuan kemudahan pembelajaranku, selepas itu dia menghadiahkan pula sepasang persalinan. Tahun lepas pula dia menghadiahkan gitar kepada ku, dia kata insyaallah tahun ni aku boleh main. Memang la aku kagumi Yuna dan teringin mahu bermain gitar macam Yuna dan Yusuf tapi bagi seorang buta seperti ku itu hanya mimpi. Huh.. Aku mengeluh.
“Assalamualaikum Sara” Suara yang aku rindu bermain-main di celahan telingaku.
“Waalaikumusalam” Jawabku ringkas, aku masih terkesan dengan apa yang aku dengar tempoh hari. Aku benar-benar harap Yusuf bukan seperti apa yang mereka katakan.
“Sara, Yusuf nak bawa Sara ke satu tempat. Jom ikut Yusuf” Aku hanya mengangguk. Setelah meminta izin dari Mak Su, Yusuf membawaku menaiki kereta. Entah ke mana destinasi yang kami tuju aku tidak pasti.
Aku turun dari perut kereta Yusuf, terasa titisan hujan gerimis menyentuh lembut kulit ku. Tongkat di tanganku Yusuf tuntun dengan lembut. Berhati-hati. Yusuf memengang hujung tongkat  dan aku memengang hujung tongkat yang satu lagi. Kami sampai ke satu tempat yang berangin. Sejuk dan menenangkan. Tudung ku yang berkibar umpama bendera Malaysia tidak ku hirau.
“Sara tahu tak?Bila Yusuf sedihkan Yusuf datang ke sini, tenangkan jiwa.Kalau Sara nak tahu masa ni tengah hujan gerimis dan Yusuf boleh nampak pelangi… cantik macam Sara” Sayu suara Yusuf menampar gegendang telingaku, lembut sekali.
“Bagus lah. Yusuf boleh melihat” Aku bersuara lemah.
“Sara nak tengok pelangi tak?” Soalnya mengarut.
“Huh macam mana nak tengok? Bukan boleh pun” Aku mencebik.
“Baik lah cuba Sara bayangkan yang kita ada dekat sebuah bukit yang tinggi dan sekarang kita diteduhi di bawah pondok yang cantik. Langit membiru dan di sebalik awan tu ada pelangi.” Terang Yusuf cuba membantu aku menerangkan situasi di situ. Aku diam .
“Kenapa Sara diam?” soalnya berhati-hati.
“Sara nak Yusuf jujur kenapa Yusuf kawan dengan Sara? Sedangkan selama Sara kat sini tak ada seorang manusia pun yang nak berkawan dengan Sara selain Yusuf” Terangku penuh syak wasangka. ‘betul ke apa yang budak-budak tu cakap, Yusuf kawan dengan aku sebab duit?’ gerutu hatiku.
“Yusuf cuma nak duit”Terangnya ringkas.
“Jadi selama ni Yusuf kawan dengan Sara cuma sebab duit? Bukan sebab Sara?” Jerkahku.
“Ya”
Air mataku merembes membasahi pipiku. ‘Ya Allah ujian apa yang telah Kau beri kepada hamba-Mu yang serba lemah ini Ya Rabb’ monolog hatiku.
Aku berlalu meninggalkan Yusuf, melangkah dengan penuh hiba dan kecewa. Yusuf aku memang cintakan kau tapi aku tak pernah pinta sedikit pun cinta dari kau sebab aku tahu, aku sedar aku buta Yusuf. Aku tak sempurna.
“Sara jangan lari!” laung Yusuf dari belakang.
Aku terlanggar sesuatu, kaki ku tersadung dan tubuhku menyambar bumi. Aku terlelap.
……………………………………………………………………………………………………………….
“Sara dah bangun?” Mak Su memeluk tubuh longlaiku.
“Mak Su kenapa ni?” Soalku terpinga-pinga.
“Sara dah ada penderma mata” Jawab Mak Su penuh riang. Aku terdiam.

………………………………………………………………………………………………………………
Mak Su kata masa aku berlari kaki aku tersadung akar pokok dan kepala aku landing tepat-tepat dekat batu lepas tu aku pengsan. Aku menjalani pembedahan tanpa Yusuf rakan baik ku disisi. Jujurnya aku amat teruja ingin melihat wajah sahabat yang telah aku kenali selama 4 tahun.
……………………………………………………………………………………………………………….
Hari ini merupakan detik untuk aku melihat warna lagi. Alhamdulillah.Hari ini juga merupakan hari lahirku hehe. Pembalut mataku akan di buka hari ni tak sabar betul. Mata baru. Agaknya siapalah insan yang telah mendermakan matanya kepada ku. Aku tersenyum.
“Sara buka mata perlahan-lahan ye” Arah suara Doktor Izanni, seorang pakar bedah mata di HUKM.
“Baiklah.” Aku membuka mata ku penuh cermat. Aku nak Yusuf lihat mata baruku. Mata ku terbuka., satu permandangan indah bermain di mataku. Permandangan di luar tabir hospital yang menghijau menerjah bebola mataku, menyegarkan.
“Mak Su nak cermin” Pintaku penuh debaran. Cermin dihulur kepada tangan mulus ku. Empat tahun berlalu, empat tahun juga aku tidak tahu bagaimana rupa ku. Mataku memfukoskan kepada pantulan imej  wajah baru ku.
“Hazel !” Aku terpana seketika.
…………………………………………………………………………………………………………….....
4 bulan lalu ….
“Yusuf” panggilku.
“Ye” Jawabnya ringkas.
“Kalau mata saya warna biru mesti cantikkan. Macam Mat Salleh” Aku berseloroh.
“Kalau mata awak hazel awak suka?” soalnya penuh tanda tanya.
“Suka hehe. Mesti ramai hantar borang permohonan kahwin kalau mata saya warna hazelkan” Aku cuba berjenaka.
“Okay macam ini, suatu hari nanti bila awak bangun pagi saya akan buat magis ok? Dari warna hitam saya tukarkan mata awak kepada hazel” Aku terdengar tawa kecilnya. Aku hanya tersenyum.
“Saya teringin nak lihat wajah kawan baik saya ni” Pintaku sayu.
“Satu hari nanti awak akan dapat tengok jugak. Percayalah okay. Tapi bila masa tu tiba, awak jangan nangis lak rindu saya haha.” Tenang bicaranya, memekar bunga cinta dalam hati ku.
“Kenapa saya nak rindu awk pulak, nanti bila saya dapat melihat alam yang indah ni lagi sekali, awak akan jadi orang pertama yang saya nak tengok” Suara ku seakan merayu,
‘bilalah waktu itu akan tiba’ monolog ku sendirian. Senyuman ku pudar.
“Ala awak ni masa tu manalah tau saya dah kawin, beranak-pinak ke. Macam mana la saya nak teman awak” Dia mengusik.
“Okay” Aku merajuk seperti kanak-kanak. Ku kira dia sedang senyum melihat telatah aku yang mirip pelajar sekolah rendah.
“Eleh merajuk macam kanak-kanak ribena” Aku sekadar mencebik tanda tak puas hati.
……………………………………………………………………………………………………………….
“Sara kenapa ni? Termenung je” Panggilan Mak Su menghentikan lamunan ku.
“Mak Su ni mata sape? Yusuf mana Mak Su?” Aku membulatkan mata.menanti jawapan kepada setiap soalanku.
“Mak Su tak tahu. Tapi Yusuf ada bagi ni kat Mak Su. Yusuf suruh Mak Su bagi kamu” Terang Mak Su ku. Aku menyambut kotak hadiah bersama sekeping nota yang Mak Su hulurkan. Aku membuka warkah pemberian Yusuf dengan penuh debaran.

Assalamualaikum wahai puteri pencuri hati yang tidak pernah jenuh mencuri hati saya
Miasara Amirah binti Abdullah.
Sara, hari awak membaca warkah ini, saya sudah pun menunaikan magis saya. Saya sudah tukarkan mata hitam awak kepada warna Hazel. Hebat tak saya? Miasara kali pertama saya nampak mamat-mamat yang kacau awak tu, saya bengang sangat. Mulanya niat saya cuma ingin membantu awak. Tapi bila saya sedar awak sudah berjaya takhluk hati saya. Saya cintai awak semata-mata kerana Allah.
Miasara, impian saya ingin menjadikan awak yang halal buat saya. Tapi dari dulu saya tahu ini semua mimpi. Mimpi yang indah Allah kurniakan buat saya. Miasara, sebenarnya saya menghidapi kanser tiroid. Kanser yang merebak dan menyerang organ-organ badan saya yang lain dan menggalakkan penghasilan sel mutan ataupun kanser.  Saya menghidap hyperthyroidism  masa umur saya 15 dan saya tak sangka dari peringkat benign boleh beralih ke peringkat malign. Ubat-ubat yang doktor bekalkan cuma untuk memperlahankan kadar pertumbuhan kanser tapi bukan untuk menyahkan kanser dari badan saya. Semakin hari kanser ni membesar dan pembedahan tidak akan berjaya sebab kanser ini sudah merebak ke bahagian jantung saya. Saya redha dengan jalan dan takdir hidup saya. Saya sangat gembira menjadi teman awak walau untuk seketika tapi itu sudah cukup buat saya.Sara kalau awak masih ingat insiden di perpustakaan, saat awak mendengar kata-kata budak perempuan tu, sebenarnya saya yang minta pertolongan mereka untuk berlakon di depan awak. Saya tak mahu awak sedih bila saya tiada di sisi awak suatu hari nanti, jadi biarlah awak benci saya dulu supaya awak mudah lupakan saya. Maafkan saya.Sara, awak ingat tak bukit yang kita pernah pergi dulu? Nama tempat tu Bukit Impian, satu hari nanti saya nak awak lihat pelangi yang saya pernah lihat dulu. Pelangi yang secantik Sara. Pelangi itu mampu melawan sinar mentari dengan warna-warna yang menawan. Pelangi itu rapuh tapi masih mampu bangkit menyinar walaupun selepas Allah hadirkan ribut dan taufan. Pelangi itu hadiah Allah buat hamba-Nya .Pelangi itu awak Miasara Amirah binti Abdullah.

Sara, biarlah saya pergi dulu. Halalkan apa yang apa terlebih dan terkurang dari saya. Saya berjanji dengan izin Allah saya akan tetap menemani awak dan menjadi sebahagian dari warna-warna cinta awak.Lagi satu Yusuf hadiahkan Sara kotak muzik. Sara suka kotak muzik yang macam
crystal ballni kan. Bila Sara rindu Yusuf buka la kotak muzik ni .
Wahai hamba Allah, perhiasan dunia yang indah jagalah dirimu dari fitnah dunia yang mengalpakan. Wahai hamba Allah yang tercipta dari tulang rusuk adam, jagalah iman mu sebaiknya.Teman baik di alam sana adalah amal,kumpullah ia sebanyak mungkin dan dooakan saya berbahagia di sana. Setiap yang bernyawa pasti merasai mati dan setiap musibah terciptanya nikmat terindah buat mu bidadari dunia ku.
Muhammad Yusuf Isma ^_____^
Pecah jua benteng air mataku. Ya Allah kurniakanlah Yusuf tempat disisi kekasih-Mu ya Rabb. Esakkan ku berakhir dalam pelukan Mak Su. Selamanya aku akan hidup dalam kenangan terindah ini, selamanya Yusuf. Hati ku luluh, tercalar dengan ujian-Mu yang kali ini Ya Rabb.Ampunkan dosa-dosa hamba-Mu yang lemah ini Ya Allah. Hatiku menangis untuk yang kesekian kali.
…………………………………………………………………………………………………………….....
Sudah sepuluh tahun berlalu dan aku masih disini mengingati Yusuf dalam setiap bait doaku. Aku berdiri di balkoni rumah yang menghadap padang pasir yang saujana mata memandang. Saat ini hujan gerimis membasahi bumi Cairo..Tenang.. Seorang anak kecil berlari mendapatkan ku.
“Ummi, Yusuf suka Laila” Petah anak kecil itu berbicara. Aku hanya tertawa.
“Kalau Yusuf suka kan Laila Yusuf doakan dalam solat Yusuf semoga Allah menjodohkan Laila buat Yusuf” Tenang aku berbicara.
“Jodoh itu apa Ummi?” Soalnya kurang mengerti.
“Suatu hari nanti Yusuf akan faham.”Aku tersenyum.
“Baiklah Ummi, Yusuf nak main dengan Laila ye, Assalamualaikum.” Kanak-kanak berusia 7 tahun itu berlari mendapatkan Laila rakan sebayanya, usai dia menyalami aku.
“Waalaikumusalam” Aku tersenyum.
Tudung labuhku yang berwarna merah pudar sepadan dengan mata hazelku, berkibar ditiup bayu hujan gerimis di bumi para Anbia’ ini. Aku bertemu jodoh dengan seorang yang persis wajah Yusuf, Dr. Nasrul Haq yang bermaksud pertolongan kebenaran. Bagi aku nama suamiku cukup indah, seindah wajah dan peribadinya. Aku jatuh cinta dengannya saat mataku tertacap pada paras yang persis Yusuf itu di salah sebuah perpustakaan di New Zealand. Kami mengikat janji di hari pernikahan kami yang kami akan saling mencintai hingga ke akhirnya. Suami ku sekarang bertugas di Cairo dan terkadang dia menjadi sukarelawan di Palestine dan aku selalunya akan menjadi tenaga pengajar anak-anak Palestine yang begitu naïf tapi selalunya jika suamiku sedang bertugas di Cairo, akulah permaisuri sepenuh masa bagi sultan ku yang sorang ini dan putera kecil kami. Aku tersenyum mengenang saat pertemuan kami.
“Assalamualikum wahai puteri pencuri hati” Desis suara lembut itu membisikkan kalimah salam yang paling manis di telingaku.
“Waalaikumusalam wahai sultan penakluk hati” Aku berpaling dan menyalami suami ku yang tercinta lantas memberikan sekuntum senyuman lembut yang singgah di pipi lembutnya.
“Puteri Mia abang ni gatal la hehe” Dia cuma tertawa sambil meletakkan kedua tangannya di kedua belah pipi ku. Comel.
“Abang, Mia sayang abang, terima kasih sebab sudi menjadi sultan di hati Mia” Lembut aku membisikkan kata di telinganya.
Ketika aku melafazkan ayat-ayat cinta ini pelangi muncul membawa tujuh warna sayapnya di bumi para Anbia’ ini.
“Terima kasih jugak sayang sebab sudi menjadi tujuh warna pelangi dalam dunia abang yang penuh dengan warna cinta sayang” Nasrul Haq mencubit sebelah pipiku hingga pipiku memberi respon kemerah-merahan.
“Abang !!” Jeritku..Geram.
Di balkoni rumah yang di tiup angin bayu dan dihiasi hiasi hujan gerimis serta pelangi indah yang menghiasi dada langit di bumi yang berpasir ini , kami berkejaran mengejar antara satu sama lain bagai anak kecil yang cukup bahagia. Alhamdulillah terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan lelaki yang paling tampan dan soleh buatku. Aku tersenyum bahagia mensyukuri nikmat bahtera perkahwinan yang di anugerah Allah ini.
“cinta si gadis buta ini cuma buat kamu yang terindah, cinta terakhirku Dr. Nasrul Haq bin Umar. Kisah cinta yang teragung ini Mia nukilkan ikhlas buat abang” bisik ku pada telinganya bila suami ku berjaya menangkap tubuh genitku. Kami sama-sama tersenyum memandang ke langit yang terhias dengan pelangi di sebalik hujan renyai yang membasahi bumi Allah ini.



Tuesday 6 December 2011

Puisi buat si EGOIS


Cerita tentang dia
Tak pernah sudah
Kerana cinta itu buta
Dan aku memilih untuk dibutakan


Cerita tentang dia
Tak pernah berpenghujung
Bagai meneroka dalamnya lautan
Dan aku memilih untuk lemas dalam kehidupan


Aksara yang bermain dalam lena dan jagaku
Tak pernas culas mencuit hati rapuhku
Adakah ini mulanya bahagia?
Atau kisah sebuah derita?


Wahai si egois
Aku bukan minta simpati mu
Bukan aku mahu harta mahupun bangga
Dengan keelokkan parasmu


Wahai si egois yang menebal egomu
Aku cuma mahu jadi yang halal buatmu
Aku cuma mahu kau menjadi nakhoda kapalku
Aku cuma mahu kau bimbing dan lindungi aku
Rendahkan ego mu buatku


(I'm not a perfect person ^____^)
btw mase tengah selak-selak "edit post"
tetiba jumpa sajak ni..Sajak ni unfinished actually..Lepas word "aksara" dalam sajak ni aq baru lepas buat..
Someone bagi aku inspirasi tuk abiskan sajak ni..
Tak bagus tapi cukup buat aku senyum hehe ;)