Wednesday 26 December 2012

Diary :In between

Hari : Khamis
Tarikh : 27 Oct 2012

Huh... Hari ni rasa gembira sikit. Btw buku diari dah nak habis.. Tadi masa tengah cari buku kosong untuk buat diari dan saya terjumpa kad raya + kad hari jadi yang ditulis oleh seorang sahabat -Sapinah- haha.. so terharu thans Sapinah. Ya Allah,beberapa hari ni rasa stress sikit sebab sunyi, nak wan semua dah balik.. Its so lonely. Beberapa hari lagi nak habis cuti. I hope I can do extraordinary well for next year amin... Ya Allah never stop believing me course I am nothing without You. 

Esok tak tau lagi nak buat apa. Btw rasa keliru fasal diri sendiri. Its complicated to describe how I feel. Yeah.. so not easy. Fasal Mr F kan.Saya minta maaf sebab tak dapat jadi kawan yang baik. Dia seorang yang baik, extra baik thats y dia patut dapat orang yang extra3 baik. Im not good enough. Rasa bersalah sebab da banyak buat salah kat dia. Minta maaf minta maaf.


Know what? Classmate saya merangkap teman sebelah saya masa form 5 da kawin. Congrats kawan. She is so amazing and cute. Tahniah2 Emma. Minta maaf sebab bukan kawan yang baik dulu. And lagi satu to Didi Im so sorry course Im the way too childish and I hurt u before .Tak de peluang nak minta maaf sebab saya malu dengan diri sendiri yang terlalu kebudak2kan ni. Saya minta maaf sebab buat macam tu dulu. Dan kalau saya jadi sebab result awak teruk sebab pain yang saya da buat kat awak saya amat-amat la minta maaf.  To Fizi also I am so sorry for everything. Thanks for being a good brother for me. I love u abang. Dari form 4 sampai form 5 ko abang terbaik aku pernah ada. Sampai bile-bile ko tetap abang aku :)

Macam-macam da jadi sepanjang tahun ni. Kebanyakkan yang miserable. But I never want to forget him. Thanks encik cairo for everything. Saya minta maaf jugak sebab buat silap kat awak. Minta maaf semua and forgive me ya Allah for all the mistake Ive done. Kuatkan saya agar saya dapat jadi hamba yang lebih baik dan dapat membantu menyebarkan cinta dan kasih Allah ini. insyaallah.
amin..


Thursday 13 December 2012

Siapa aku?

Hening malam menampar hati yang dingin
Kilang ingatan
mencerna memori itu
Tak henti
Tak pernah sudah
Secalit kisah cinta
yang aku rindu
Masih hangat segar menjalar
Melilit tangkai iman

Bermula dari garis permulaan.
Langkah culas ku tersarung sepatu
Bersih, putih
Melihat perlumbaan bermula
Betapa aku takut
Melihat manusia berlari
Menuju hidup
Aku masih mengensot lemah
Mengendong saratnya khuatir, kebimbangan
Meratui hati.

Tanpa sedar
Aku tahu siapa aku
Cuma makhluk Dia yang lemah
Berat memikul dosa
dengan pahala yang mampu diseret
ringan
Entah masih dalam perhitungan.
Aku tahu siapa aku
Dalam sedar
Aku menanggung persoalan
Cemburu melihat kasih yang Allah kurnia
bukan pada aku
Aku cuma manusia yang meminta-minta
Tanpa mahu menggerakkan tulang-belulang ku
Hanya mahu duduk dan terus berserah
Mana mungkin akan Allah kasihan.

Dalam sedar dan tanpa sedar
Aku tahu kelemahan dan kekuatan yang aku sembunyikan
di sebalik hati yang malas,
Dalam tanpa sedar dan sedar
Aku sedang berusaha
Mencipta pelangi indah dalam hidup
Merangka sebuah ingatan terpalit dalam setiap kisah
Merencana perjalanan dengan sepatu usang
Sebuah hidup menggapai dunia menggenggam syurga
Insyaallah

Sweet holiday ;)

Cuti ni best sangat
Tak pergi jalan mana-mana pun
Cuma rasa cuti ni best dan terisi :)
Alhamdulillah.
Tadi tengok cite 'Istanbul aku datang'
Comel sangat cite tu plus Lisa pun cute dalam tu.
Tapi cerita tu, macam terlebih sikit
Tak elok la if remaja terikut2 dan dapat fahaman yang salah kan
Especially dalam cerita tu menghalalkan couple tu wajar berpelukan
Macam bagi fahaman yang agak salah untuk remaja-remaja yang bersekolah menengah dan rendah especially..
Berbalik kepada cerita asal..
Sebenarnya rasa macam nak mengarang cerpen tapi ilhamnye tak sampai lagi..
Tunggu sampai satu saat yang sesuai