Sunday 18 November 2012

Tutup sebelah mata

Manusia mencoret kanvas dengan warna
Aku melukis dengan kata-kata

...

Aku berbaring
Memainkan semula pita-pita kenangan kelmarin
Keindahan yang terkecapi
Aku bagai melukis sebuah potret sempurna
Segala cantik di bebola mata 

Jari ku menguis-nguis udara
Bagai mengayam kembali
Jahitan cerita kita
Keluhan berat terlepas
Dari kekangan
Aku kini masih dipenjara

Bayang itu mengejar ku
Tak mahu lupa
Atau adakah aku ini,
Terlalu menabung emosi?
Atau masih bermimpi!

Di atas tilam
Aku mengarang bahasa basi lagu
Semuanya terilham oleh kisah mu
Walau berlabuh sekejap
Cukup memberi impak 
Ke atas hidup ku

Tutup sebelah mata
Tak mahu lena
Bibir masih lagi menguntum senyum
Walau tahu aku di tipu
Hati masih percaya
Bodoh !!

Ku sangka sukar untuk lena
Memejam mata
Tapi lagi sukar terjaga
Dari mimpi yang lena
Kerana aku masih ingat lagi
Bahawa aku di canang
Sebagai 'Mozart' mu.
Tapi bagi mengindah cerita

Jadi luar biasa
Aku jadi 'Muse' dan kau 'Mozart'ku
Dan kini aku masih termimpi dan bermimpi kan kamu

Penaruh harap

Kita tak sama
Serupa tak banyak beza

Harap pada secebis kasih syurga

Menunggu setia sang kecewa
Benar tak sama !!

Harap kita
Pada cinta mereka
Orang kata gila
Bumi pun boleh terbelah dua

Manakan bisa

Abang, kita cuma manusia biasa
Lihat saja kehebatan mereka
Pantas saja memeluk dunia mendaki syurga

Kerana itu orang bilang tak bisa
Kita memikul dosa berhela-hela
Masa depan sudah mereka punya
Kita?
Bermimpi saja
Ingin dimiliki memiliki manusia seperti mereka

Abang, serahkan cinta pada Dia
Rasa mereka bukan bagi kita
Tuhan meminjam mereka pada kita
Sebentar cuma

Jangan bersedih
Allah itu selalu ada


p/s 
..kalau pun diorang bukan milik kita
jom jadi peminat rahsia
mendoakan hari-hari mereka 
menempuh bahagia..

Friday 16 November 2012

Hilang


Hilang?
Apa yang hilang ea?
Hilang cinta manusia
Alhamdulillah
Allah cuma hilangkan dia dari saya
Alhamdulillah
Allah tak hilangkan keluarga saya dari saya
Alhamdulillah

...
Tipu la kan kalau saya kata tak sakit
Sakit bila dia tinggalkan saya
Bila dia jauhkan diri dari saya
Rasa macam diri sangat tak layak pulakkan
dia dah la study abroad
Ambik medic kat Ain Sham..Cairo
A future doctor
Saya pulak nanti local graduate je kan...
Tapi??
Betul ke saya tak layak?
Hehe...
Kalau dia kacak, Allah yang pinjamkan
Kalau dia pandai, Allah yang pinjamkan
Kalau dia 'gentle', Allah yang pinjamkan
Kalau dia hebat, Allah yang pinjamkan
Jadi semua dari Allah
Layak ke tak layak ke Allah yang tentukan
Kita ni tak layak :)
...
Kadang-kadang apa yang kita suka tu tak baik untuk kita

Dan apa yang kita tak suka tu baik untuk kita..
Allah Maha Mengetahui...
Walau sehebat mana pun kita atas dunia ni
Kene ingat yang bumi yang gah ni pun akan hancur
Apa yang tinggal
Hanyalah kita dan buku amalan kita nanti.
Kita kene la berlari untuk dunia
Tapi kita kene memecut untuk akhirat

Wednesday 14 November 2012

Anjakan cinta

Dulu diri selalu alpa
Lupa kasih sayang Dia
Rasa sunyi 
Sampai lupa Dia ada
Dulu diri selalu leka
Mengejar cinta insani
Terabai fitrah Islami

Dulu rasa Dia ada tiada
Buat kerja ikut suka
Masa terbiar 
Pergi tanpa diguna
Dulu mengejar-ngejar
Dunia,
Maksiat dan zina
Halal sekelip mata

Ada

Terbit rasa berdosa
Nak melangkah pulang
Rasa berjuta ujian menimpa
Alasan di cari minta tangguh lagi
Tapi sampai bila?

Maha Pemurah
Beri semua
Tanda Dia sayang kita.
Kasih, mendahului murka Dia
Masa tak berbaki
Esok lusa entah tiada
Dosa dulu tak tebus lagi !
Nak pergi begitu saja?
Dah siap nak disoal di alam kubur?
Dah siap nak dibaca perhitungan?
Dah sedia nak lalui titian sirat?

Tak rugi tinggalkan dunia

Demi mencari redha Dia :)

Salam perjuangan

Salam Maal Hijrah 

............................................................................................................
Bismillahirahmanirahim

"Sahaja aku menulis hanya kerana Allah Taala"


Saya mula berhijrah
Terasa kasih dia selalu ada :)
Alhamdulillah masih diberi kesempatan masa
Dulu hati selalu terdetik
Nak berubah

Nak jadi soleha
Tapi hanya hati yang berteka-teki
Bila masanya untuk melangkah ke hadapan

Dulu
Tercari-cari

Apa yang manusia panggil cinta
Sedalam mana kita kenal cinta?
Seorang lelaki atau lebih, bersama dengan seorang perempuan
Dalam ikatan yang manusia label sebagai couple?

Itu ke cinta?
Sebab di butakan cinta lah terkabur kasih Dia
Bila ditinggal orang yang saya sayang
Untuk 1 jam pun dah tertanya-tanya
Sihat ke dia?Dia buat apa? Busy sangat ke?
Macam mana kalau Allah tinggalkan saya 1 saat?
Hilang kasih, rahmat, cinta Dia
Tak mampu nak hidup !
Hanya berbekal simpati Dia
Saya diberi peluang bernafas
Alhamdulillah
Tandanya Allah masih sayang saya, sayang kita semua

Semoga saya dan awak semua istiqamah dalam mengejar redha Dia.

Dulu sukar nak urus masa
Masa banyak dihabiskan dengan zina mata, zina mulut, zina hati
Kadang-kadang happy sakan sana-sini dengan kawan
Sampai bila waktu solat pun boleh buat tak tau je
Tak de rasa bersalah lansung !
Sebab tak de Islam dalam hati

Sebab tu jadi seorang manusia yang tak tepati masa.
5 waktu sehari semalam tu cukup
Untuk buat saya tau hargai masa
Sekurang-kurangnya terasa keberadaan masa tu

Saya pernah rasa terlalu bergantung dengan manusia

Bila tak de duit minta je
Bila bosan cari kawan
Bila sunyi cari cinta 
Bila sedih cari kawan dulu baru cari Allah
Saya tersentuh dengan kata seorang muslimah
Kita terlalu sangat bergantung dengan manusia
Padahal yang Maha Memberi itu Allah
Yang Maha Mendengar itu Allah
Manusia sebagai medium je untuk kita

Tak de duit minta kat ayah, ayah bagi duit tapi duit tu urusan Allah
Sebab Allah dah tetapkan untuk jadi rezki kita

Jadi dalam erti kata lain Allah yang bagi.
Kalau bergantung kepada suami/bakal suami/pakwe. 
Macam mana kalau Allah tarik mereka dari kita?
Diorang curang ke, pergi dulu ke
Penat la nak meratap,
Tak de sape nak bagi happiness, kasih sayang, tak de sape nak usik-usik bergurau senda dengan kita, meratap kenangan dulu-dulu
Tapi kita lupa yang bagi kenangan manis, pahit, kebahagiaan, kegembiraan tu bukan diorang tapi Allah
Diorang ni cuma medium je.

Macam mana kalau satu hari nanti
Allah tarik nyawa tempat kita bersandar?

Tak ke gelabah nanti?
Allah itu ada dekat dengan kita
Malah lebih dekat dari kita

Semua yang kita ada
Cantik, duit, pelajaran
Ingatlah tu semua dari Allah
Allah pinjamkan je
Bila-bila dia nak ambil balik

'Kunfayakun'
'Jadi maka jadilah'

Syaitan ni musuh kita yang nyata
Masa saya lalai
Syaitan ketawa terbahak-bahak

Suka sebab ada khalifah yang akan teman dia kat neraka
Kita tak nampak
Tapi kita tau dia ada

Kita dengar bisikan dia
Suruh kita buat dosa, lupakan Allah
Jangan bimbang
Kita lagi kuat dari syaitan !
Sebab kita ni kan sebaik-baik penciptaan
Lawan mereka
Jangan kalah !!

Kita janganlah asyik nak tangguh je
Padahal kita tahu mana yang hak dan batil

Tanpa kita sendiri sedar entah-entah nama kita dah gugur kat arasy Allah.
Bila nyawa dah sampai kat halkum
Baru rasa nak berubah?
Mula dengan langkah yang kecil
Istiqamah
Cuma untuk Kekasih kita :)






Tuesday 13 November 2012

Ibrah

Ketakutan bersimpang-siur
Bermaharaja lela dalam kandang hati
Apakah aku berduka?
Adakah aku tersiksa?
Dengan rahmat Allah?

Dia tertanya
Lidah terkelu
Seakan ada sendu yang masih tersekat

Aku cuba meneliti 

Segala memori dalam data di benak fikir ku
Mana tahu ada kata yang sesuai

Buat aku luahkan
Apa yang tertinggal


Resolusinya berjaya aku temukan
Benar, bukan masalah yang menghimpit
Tapi variasi emosi yang menjadi akar
Ketakutan menghadapi,
Takdir-takdir Dia

Takut itu yang menyebu..
Menyesak salur nafas ku

Ku pinta 
Agar dia menjadi satu ibrah buat aku
Teladani, contohi dan meletakkan sempadan
Agar esok tidak lagi aku bermimpi





Monday 12 November 2012

Bintang di syurga

Petang yang disagat gelisah
Di warnai unggas bertebaran
Dalam kawanan yang meragut bahagia
Membawa berita derita

Sepasang mata itu

Tertacap lesu 
Memanggil segenap dimensi
Ruh bernyawa
Mati
Hilang
Dalam ribut dendam
Yang berselirat malapetaka

Warna jingga itu

Dilahap buas kegelapan
Hitam yang membawa bisikan menggoda
Rentetan memori terpalit
Lemah longlai mencari pemilik hati

Jatuh

Tersembam ke bumi
Hilang dalam rawan
Dirasuk emosi
Keliru yang mendidih !!

Baru semalam
Sang bahagia menjenguk
Memunggah bertan-tan kegembiraan

Namun, 
Hari ini lain cerita
Kepalsuan memamah harga diri
Rasa dipinggir ke tepi
Murahkah rasa itu?
Hanya Tuhan mengerti
Kerana Dia Maha Memberi


Bibir diketap

Sakit menerjah
Bisik hati 
"Sesungguhnya Allah itu berada lebih dekat daripada aku"