Saturday 8 September 2012

Pertemuan 1#

Kisah pertemuan pertama
Kau hadir mengetuk lorong kecil di hati ku
Dalam berpuluh-ribu 
Kau yang ku pilih
Entah mengapa
Mungkin ini cuma caturan takdir.

Sketsa 1. 
Kisah kita bertemu
Mencari pemilik sebuah hati
Ku anggap semalam kisah terindah buatku
Namun, anggapan ku salah

Sketsa 2.
Semalam kau membisu
Hari ini kau menyepi
Nyata ini cuma sebuah kisah dongeng 
Antara si hodoh dan si wira

Kau tahu?
Sepi yang kau jelmakan 
Mencipta seibu soalan
Perasaan ku tak perlu kau uji
Ini tak sama seperti kau menjawab berpuluh kertas ujian
Kenapa perlu menempah sebuah mimpi buat ku?
Jika akhirnya kau mendiam, diam dan diam?
Kau fikir ini adil?
Kau fikir kau hebat?
Luka kan hati seseorang sama seperti kau bersiul, mendendangkan lagu duka?
Kau salah !!

# Well sajak ini cuma kenangan
X salah jadi salah dan kutip sisa pengajaran
dari pengalaman lepas..
Jadi pengajarannya, ambillah pedoman
Dan cepat2 memaafkan kesalahan orang lain
"yang lepas jangan di kenang, masa bukan boleh undur ke belakang
jadi terima lah seadanya"

Separuh Mimpi

Hembusan malam yang dingin
Menerobos ruang hati
Yang nyata kosong dan sepi
Semilir halus lagu yang mendendang
setiap bait bisik hati 
Rindu yang memberat 
Tak mampu ku ucap
Impian masa esok
Berat tak ku gapai
Di mana hilangnya  nyawa setiap dimensi tubuhku?
Hilang entah kemana
Tanpa berita

Diam,
Bicara terbuku
Kata membeku
Hanya mampu menunggu
Mengharap seluruh alam
Berpihak pada titian 
Takdirku..

#So ni hasil tangan saya
Handmade ni

Mahal tau
Kualiti baik punyerr
So sajak ini di nukilkan
ketika hati tebal dengan rasa sebu
rasa malas bersarang di hati
meluaskan empayarnya yang dari azali lagi
memang luas
sajak ini di ilhamkan bila 'rasa' itu datang menyerang setiap 
urat saraf saya
membuatkan hati rasa kecut
rasa 'esok' bakal menghilang !!
fikiran melayang meneroka seluruh pelosok Paris..
Haha and this is me !! 


Friday 7 September 2012

Sinar di hujung Gelap ( Sajak pilihan)

Mega megah gagah menerbit

Akhir di penghujung menyingsing 

sinar

Mula mencipta jaga yang bernyawa

Maka itulah ibaratnya


Rayau dan tiada berkiblat

Kembali ia

meresap ke kandang jasad

Maka itulah ibaratnya


Memanggil si bayu tidak berjasad

Menyapu lembut pemilik redup

hijau

Menari gembira 

menitiskan lelah pemberat diri

Maka itulah ibaratnya


Itulah ibaratnya

Itulah ibaratnya

Wahai permata.



by "seseorang"


# Hoho so ini sajak pilihan .. Sajak ni paling best pernah saya baca 

sebab ada sentimental value.. Harus lah kan :P


So So So kepada pemilik sajak di atas

Sori kerana telah mencuri hasil kerja anda 


Peace no war



^.^ V


Saturday 1 September 2012

Tentang Cantik

Saya pernah rasa saya tak cantik
: Eh kan bagus kalau kulit aku flawless mcam dia
: Kalau putih macam dia
: Kalau kurus macam dia
Nak jugak rasa di'admire' kan?

Tulah, honestly tu yang saya selalu fikir
Nak jadi cantik, berusaha jadi cantik
Tapi hasilnya macam ni jugak
Selalu cemburu dengan orang lain
Cantik, berduit, bergaya, slim

Tulah kan?
Lumrah manusia bukan semua orang ingat nak bersyukur
Saya jugak macam tu
Honestly ada seorang rakan ni
Selalu cakap macam ni
"Muka kau tu macam tong sampah jadian" 
Ni dalam nada bergurau 
Saya tau
Maaf ye kawan, saya tak berniat nak marah pun
Cuma kalau ulang banyak kali
Sape tak terasa?

Saya terasa,
Kawan saya yang cakap ni 
Memang cantik
Mestilah sebab dia mix
Macam muka arab ade, muke hindustan ada
Untung la kan?

Tapi kalau saya boleh pilih
Masa saya dalam rahim ibu dulu
Untuk ada muka yang super cantik
Mesti saya pilih !!!
Cantik ni cuma pinjaman 
Allah tak pinjamkan kecantikkan yang macam awak
Pada saya

Saya pun nak orang iktiraf saya secantik awak
Ni luahan perasaan
Jangan terasa
Saya minta maaf

Sebenarnya,
Bila saya duduk sorang-sorang
Saya terfikir
"Yang cantik ada pada dia, tak de pada saya
Cantik yang ada pada saya, tak de pada dia"
Macam tu lah manusia 
Tak sempurna
Dan saling melengkapi..

Percaya lah pada saya
Awak sangat cantik
Saya pun cantik
Sebab Allah tak pernah silap
Allah cipta kita dengan sempurna
Apa yang Allah kurnia pada kita
Bukan ada pada semua orang
Bukalah mata

KITA SEMPURNA
KITA UNIK
DALAM CARA KITA TERSENDIRI ..

Dull Star

Day by day
Leave me no footprint
Where do they go?
Disappear like a shadow

Time getting faster
When I try to catch
They gone
Leave me behind
Day of tears

Can you be more friendly?

I'm scared because of time
Getting cruel to me
I'm scared of expectation
Keep thinking what others think bout me
The way I dress
The way I talk
The way I write
The way I am

Innocent,
I wish to be like others
They can dress like this and that
They can say what I didn't manage to say
They can be something I want to be

There is no barrier for me
But why I can't be what I imagine?
I know the answer
But obviously I cannot accept the fact

I'm sick of being myself
Weak,hopeless,useless
Dear time,
Obviously what you left behind
Is only an isolate
Dull Star