Friday 30 December 2011

Sebenarnya..

Sebenarnya kan 
Aku tak tau ape function blog ni
Dalam life aku 
Muahaha
2011 say bye2
Dengan seribu kenangan pahit manis
2012 say sawadicap !
Esok rahsia Allah


Semuanya menjadi rahsia
Hari esok, jodoh, cinta, bahagia, duka,

Semuanyakan
Hari ini pula dalam genggaman
Menjadi cerminan buat hari esok


Saya harap sangat saya jadi apa yang saya mampu jadi
Saya harap sangat dapat lalui rahsia Allah 
Dengan penuh kegembiraan
Semuanya untuk hari esok
Saya sayang keluarga saya
Dan tak ada manusia khilaf yang dapat tandingi


Menyimpul balik kenangan 2011...
Saya belajar untuk jadi punctual
belajar untuk menjadi diri sendiri
Belajar untuk jangan takut
Belajar untuk belajar


Macam2 ilmu dunia yang terselit dalam genggaman
Moga hari esok dapat saya kalahkan


Caiyok3..
Cop kejap 'aku'
Kejap 'saya'
Hurm ikut mood ok
Kalau saya rasa nak sopan guna kata ganti nama 'saya' je


Tapi kan jujurnya
Saya rindu sahabat-sahabat saya tu..
Macam Ez, kimie, 
Dan hellmi ;)


:)  :D  :/  ;) :@  :3  :>  :<  :(  :l  :Zzz  :B  T_____T :P -___-"

Till then ~~ Chow

Tuesday 27 December 2011

Wishlist 2012

2011 mula mengundur langkah
2012 take over hehe..


Aq tengok ramai je buat wishlist untuk new year.
Aku tak de la sangat wishlish..
Lagi pun kalau aq tulis kat sini badjet cam termakbul..
So actually aq memang x de wishlist
Tapi


Harapan aku


Aku cuma nak


*Nak Improve my english
*Nak Allah permudahkan semua urusan dunia
*Nak Family aku selalu bahagia
*Nak Bahagiakan semua orang
*Nak Cuti banyak-banyak supaya dapat balik rumah selalu
*Nak Assignment dipermudahkan
*Nak flying color dalam exam
*Nak belajar ilmu kalam Allah
*Nak belajar mencintai Allah dan Rasulullah dengan sempurna
Amin.. :)

Tuesday 20 December 2011

Mata Coklat Si Gadis Buta



“Wah akak tengok tu ade burung flamingo la dekat pantai tu” Jari halus kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu menunding ke arah sekumpulan burung merpati yang yang bertenggek di atas dahan pokok rhu pantai itu.
“Chet tu bukan flamingo la tu burung merpati je la” Tegasku.
Kami sama-sama tergelak. Percutian di Pulau Tioman adalah tiket hadiah kepadaku. Kak Long berjanji akan membawaku melancong kerana aku berjaya mendapatkan keputusan cemerlang dalam SPM iaitu 10 A1. Alhamdulillah.
Ibu yang sedari tadi tersenyum sendiri di sebelah ayah memanjatkan kesyukuran ku kira, sementara abang ngah pula merenung permandangan indah lautan membiru dari dalam tingkap kereta. Kak long pula sibuk melayan kerenah anak sulungnya, Iskandar.Abang Long yang sedari tadi fokus dalam  pemanduan ketawa kecil. Alhamdulillah seronok dan bahagia yang menyerap dalam hatiku.
“Nanti ibu nak Sara jadi doktor ye. Banggakan ibu dan ayah” Ibu bersuara, syahdu hatiku mendengar.
“Alah Sara tu jadi doktor alamat matilah pesakit dia semua da la garang macam singa” Abang Ngah ku mencelah.

Semua yang dalam kereta ketawa tanda mereka mengiyakan ‘statement’ Bang Ngahku. Aku mencebik, marah. Tiba-tiba..
“STRERETTTTTTTTTTTTTTTTTTT !!”
Satu dentuman kuat menerjah gegendang telingaku. Aku terpekik, bagai diserang hysteria. Abang Long hilang kawalan pemanduannya, kereta Avanza yang dipandu Abang Long melanggar sebuah Treler..
……………………………………………………………………………………………………………….
‘mimpi ni semua mimpi!’ monolog hatiku
Sakit menerpa di setiap inci tubuhku, Ya Allah aku harap ni semua hanya mimpi ngeri. Mata aku cuba buka, namun payah dan perit. Tangan ku raba 360 darjah di sekelilingku.
“Ibu, Ayah, Kak Long, jawablah !!!” Pekik ku. Satu cairan hangat merembes dari mataku , pedih ya Allah.
“Bang Ngah, Iskandarrr!! Bangun lah! Bangun! Sara takut. Janganlah buat Sara macam ni !” Aku menangis semahunya.
Bunyi ambulance menerpa telingaku, kakiku terasa sakit, mataku perit, bau hanyir darah berselerakkan menusuk deria bauku. Dunia ku gelap, aku lena.
‘Ya Allah cepatlah sedarkan aku dari mimpi ngeri ini, amin’ doaku.
……………………………………………………………………………………………………………….
“Mak Su tipu ! Tipu ayah ibu hidup lagi. Kenapa tanam !! Mak Su kejammmm !!” Jeritku memecahkan suasana bening bacaan yassin di tanah perkuburan Seri Mawar itu. Air mataku bercucuran.
“Sabar Sara, jangan macam ni, Sara kene kuat” Tenang suara Mak Su menenangkan hatiku.
“Pak Cik kenapa buat keluarga Sara macam ni, Kak Long, Bang Ngah semua hidup lagi, keluarkan la balik “ Aku merayu kepada mereka yang berada di sekelilingku.
“Anak sabarlah, sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti merasai mati, kematian itu adalah rahsia Allah. Kalau kamu sayangkan keluarga kamu, relakanlah pemergian mereka, kita sedekahkan al-fatihah sama-sama..Anak sabar ye ” Kata seorang mak cik yang cuba menenangkan ku, aku menangis dalam pelukkan mak cik itu.
……………………………………………………………………………………………………………….
Sejak kemalangan itu Allah menarik nikmat penglihatan ku, aku tidak dapat menerima pemergian ahli keluarga ku saat kami bergembira meraikan keputusan cemerlangku.  Aku hidup di dalam kegelapan. Aku kini bukanlah Miasara yang optimistic seperti satu ketika dulu, satu-satunya senyuman manis yang ibu sering puji sudah luntur dari wajah manisku. Aku hilang segala-galanya, aku hilang sebuah kemanisan berkeluarga, aku hilang sebab untuk tertawa malah kemalangan itu merangut semangat, dunia dan hidupku selamanya. Malah aku sudah hilang pancainderaku sebab satu-satunya untuk aku terus bernyawa. Mak Su menggalas yang tanggungjawab sebagai penjagaku. Mak Su seorang wanita berkerjaya yang berusia 32 tahun, dia pernah berkahwin tapi suaminya terlibat dalam kemalangan kapal terbang yang meragut nyawanya. Mak Su yang merupakan seorang pensyarah di salah sebuah university terkemuka di Malaysia hanya sabar melayan kerenahku.
“Tok..Tok!” Pintu di ketuk perlahan. Bunyi derapan kaki manusia menghampiri katilku  dan aku yakin itu Mak Su.
“Assalamualaikum Sara” lembut suaranya mengetar gegendang telingaku.
“Waalaikumsalam” Jawabku acuh tak acuh.
“Sara, dah enam bulan keluarga kamu pergi. Sampai bila kamu nak memerap kat sini?” Soalannya aku balas dengan diam seribu bahasaku. Dia mengeluh kecil.
“Sara, Mak Su pergi dulu ok.” Mak Su bingkas bangun.
“Mak Su, Sara nak sambung belajar” Sebutku lemah.  
“Alhamdulillah.. Macam ni la anak buah Mak Su” Mak Su memeluk tubuh kecilku, dia mengengam erat jari jemariku, bibir dinginnya mengucup ubun-ubunku. Benteng air mataku pecah jua. Aku menangis semahu-mahunya.
“Maafkan Mak Su Sara. Mak Su bukan nak bertegas mahupun memaksa Sara, Mak Su Cuma nak Sara ada kehidupan yang lebih baik. Mak Su tau kamu rindukan Ibu kamukan.” Aku menangis dalam pelukkannya, aku benar rindukan ibu. Masa ini sepatutnya ibu yang memelukku dan meredakan tangisku.
………………………………………………………………………………………………………………
Kakiku melangkah turun dari perut kereta Mak Su, sudah empat hari aku menyambung pengajian ku di sini. Aku belajar untuk berjalan tanpa mata, di sini aku berusaha menimba ilmu tanpa sokongan sebuah keluarga. Alhamdulillah mujur Mak Su sentiasa berdiri teguh disisi ku. Aku sebagai siswi jurusan pengajian tesl di University Malaya tempat Mak Su ku mengajar berusaha hidup dan berjuang tanpa ada siapa yang berani mendekatiku. Siapalah yang ingin berteman dengan si buta yang menyusahkan. Tapi di sini aku telah membulatkan tekad mulai hari pertama aku menjejakkan kakiku disini setitis pun air mataku, aku tidak akan benarkan ia mengalir di pipiku.
Mak Su yang yang memegang buku ku setia memimpin ku ke bilik kuliah, deringan lagu nyanyian Opick-rapuh bermain di telingaku. Mungkin seseorang cuba menghubungi Mak Su, teka hatiku.
“Sara tunggu sini kejap ye, Mak Su nak jawab panggilan” Aku cuma sekadar mengangguk tanda mengiyakan arahannya. Buku bertukar tangan, aku hanya setia menanti di tangga yang menghala ke bilik kuliah.
“Bakkkkk !!!!!”
Tiba-tiba satu terjahan keras menghentam tubuh kecilku, aku terjatuh menyembah bumi. Buku-buku di tanganku habis berselerakan.
‘sakit’ getus hatiku.
“Woi ! buta ke?!” Satu jerkahan kuat membingitkan deria pendengaranku, aku terpaku.
“Dia memang buta la Fiq ko tak nampak ke mata dia tu kelabu semacam?” Sahut satu suara lain.
“Owh padanlah dia tegak je macam mumia baru bangkit tadi tak reti nak ketepi, buta rupanya, weh kau butakan? By the way ko pekak jugak ke?” Sinis suara itu membangkitkan kemarahanku. Suara ketawa yang bersahut-sahutan bagai memijak-mijak maruahku. Aku masih terdiam tersimpuh di lantai tangga university.
“Korang semua memang tak ada bahasa ke? Aku nampak tadi kau yang langgar dia kan? Sekarang ni kau ke dia yang buta?” Jerkah satu suara mempertahankan maruahku.
Tangan dihulur ingin membantu aku bangkit, aku akur. Buku-buku yang berselerakkan di lantai dikutip oleh lelaki itu lantas dihulurkan dengan baik kepadaku. Aku terkesima.
“Maaf Mak Su lambat. Kenapa ni Sara?” Mak Su datang, mungkin dia bimbang lelaki di hadapan ku itu mempunyai niat yang tidak baik ke atasku.
“Maaf nama saya Yusuf pelajar dari jurusan TESL tahun 1.Tadi ada beberapa orang budak yang ganggu er…dia ni” Lembut bicara lelaki itu. Aku menunduk.
“Owh jadi kamu sama kelas la dengan anak buah saya, Saya Puan Mashitah pensyarah dari teknologi makmal perubatan. Saya harap sangat Yusuf dapat tengok-tengokkan anak buah saya ni ye” pujuk Mak Su kepada pemuda yang baru ku tahu ku tahu namanya beberapa detik lalu.
……………………………………………………………………………………………………………….
Yusuf seindah nama dan peribadinya. Sungguh aku senang bersahabat dengan Yusuf, pemuda yang ceria, optimistic dan suka membantu. Berlainan dengan peribadiku yang sugul dan suram.Di dalam kelas Yusuf selalu membantu ku merakam,membaca dan macam-macam lagi yang dia sanggup lakukan untuk membantu aku didalam pelajaran.
Aku berdiri menyandar tingkap bilik tidur ku yang merupakan seni binaan yang bercorakkan Inggeris. Aku pasti kerana sebelum kejadian hitam yang menimpa ku, aku pernah meluangkan masa bersama Mak Su membelek album gambar, satu-satunya memori keluarga ku yang masih tersisa. Aku rindu saat aku memiliki warna dalam duniaku. Aku rindu ingin melihat hijaunya daun, birunya langit, Ya Allah. Rintih hati ku.
Angin malam yang tenang menampar-nampar pipi mulusku. Sungguh aku tenang. Lagu ‘bila waktu telah berakhir’ dendangan Opick menambah sayu di dalam hatiku.  Ingatanku kembali menerpa memori semasa keluargaku masih bersama di sisi ku.
……………………………………………………………………………………………………………...
Aku yang sedang menunggu Mak Su untuk melunaskan tugasannya di bawah pohon rendang bersebelahan dengan pejabatnya hanya mampu tersenyum sendiri mengingati bait perkenalan aku dan Yusuf. Tudungku yang mengerbang di tiup angin petang aku biarkan, manakala sandwich yang menjadi pengalas perut aku biarkan dingin dipuput angin petang.
“Assalamualaikum cik Sara buat ape duduk bawah pokok petang-petang ni? Teringat kat saya ke?” Sapa satu suara lembut di sebelahku.
“Waalaikumusalam, ish Yusuf ni mana ada tengah tunggu Mak Su la” Aku tersenyum kelat cuba menyembunyikan debar dan malu ku.
“Ala Sara tak payah nak tipu Yusuf la, bukan sehari Yusuf kenal Sara.” Getar dihujung suaranya membuat hatiku gelisah.
“Kenapa ni Yusuf?Semacam je?Sedih kene tinggal Nana ke?” usikku. Nana merupakan pelajar jurusan Multimedia yang sukakan Yusuf, entah apa la yang ada pada Yusuf ni sampai Nana tu gila bayang dengan Yusuf. Aku ketawa.
“Owh mengusik orang ye siap la Sara !” Ugut Yusuf. Sandwich yang ku gengam kemas direntap lembut  oleh Yusuf.
“Yusuff !” Jeritku. Selepas itu dia berjaya melarikan diri dan aku cuma mampu tersenyum kelat memandangkan sandwich terakhirku telah dirampas.
“Sara, halalkan sandwich tu ye” pujuk Yusuf.
“Eh baru seminit datang balik?” Sindirku
“Ye lah da abis sandwich datang la balik, nanti kalau ada kucing kacau Sara susah pulak Yusuf nanti” Sindir Yusuf, dia tahu aku takut dengan kucing. Entah kenapa aku semacam alah dengan haiwan yang dipanggil kucing. Dia ketawa kecil.
……………………………………………………………………………………………………………….
Genap 4 tahun usia perkenalan kami. Pelbagai perencah kehidupan di Universiti kami harungi, manis mahupun yang pahit. Pelbagai memori terpalit di dalam kotak memori aku. Lagi beberapa bulan kami akan menamatkan pengajian kami dan akan bergelar graduan tesl. Aku di perpustakaan sedang menelaah pelajaran menggunakan Braille.
“Eh kau tahu tak kenapa Yusuf tu tak pernah berengang dengan si buta tu?” Suara bisikkan beberapa pelajar perempuan melalui rak buku, ku dengar dengan jelas.
“Owh si Sara tu ke? Aku dengar Mak Cik si Sara tu bayar Yusuf suruh kawan dengan anak sedara dia. Kesian si Sara tu kan, da la buta si Yusuf tu pulak nak duit dia je”
‘ya Allah kenapa kau hancurkan hatiku, Yusuf’ bisikku pada hati.
……………………………………………………………………………………………………………….
Dua minggu sejak kejadian tempoh hari Yusuf tak lagi datang menemaniku. Aku hanya punya Mak Su meneman hari-hariku. Tiga minggu lagi hari hari jadiku bakal tiba. Aku masih ingat lagi setiap tahun Yusuf pasti akan menghadiahkan sesuatu kepadaku. Tiga tahun lepas dia menghadiahkan aku perakam yang mahal bagi tujuan kemudahan pembelajaranku, selepas itu dia menghadiahkan pula sepasang persalinan. Tahun lepas pula dia menghadiahkan gitar kepada ku, dia kata insyaallah tahun ni aku boleh main. Memang la aku kagumi Yuna dan teringin mahu bermain gitar macam Yuna dan Yusuf tapi bagi seorang buta seperti ku itu hanya mimpi. Huh.. Aku mengeluh.
“Assalamualaikum Sara” Suara yang aku rindu bermain-main di celahan telingaku.
“Waalaikumusalam” Jawabku ringkas, aku masih terkesan dengan apa yang aku dengar tempoh hari. Aku benar-benar harap Yusuf bukan seperti apa yang mereka katakan.
“Sara, Yusuf nak bawa Sara ke satu tempat. Jom ikut Yusuf” Aku hanya mengangguk. Setelah meminta izin dari Mak Su, Yusuf membawaku menaiki kereta. Entah ke mana destinasi yang kami tuju aku tidak pasti.
Aku turun dari perut kereta Yusuf, terasa titisan hujan gerimis menyentuh lembut kulit ku. Tongkat di tanganku Yusuf tuntun dengan lembut. Berhati-hati. Yusuf memengang hujung tongkat  dan aku memengang hujung tongkat yang satu lagi. Kami sampai ke satu tempat yang berangin. Sejuk dan menenangkan. Tudung ku yang berkibar umpama bendera Malaysia tidak ku hirau.
“Sara tahu tak?Bila Yusuf sedihkan Yusuf datang ke sini, tenangkan jiwa.Kalau Sara nak tahu masa ni tengah hujan gerimis dan Yusuf boleh nampak pelangi… cantik macam Sara” Sayu suara Yusuf menampar gegendang telingaku, lembut sekali.
“Bagus lah. Yusuf boleh melihat” Aku bersuara lemah.
“Sara nak tengok pelangi tak?” Soalnya mengarut.
“Huh macam mana nak tengok? Bukan boleh pun” Aku mencebik.
“Baik lah cuba Sara bayangkan yang kita ada dekat sebuah bukit yang tinggi dan sekarang kita diteduhi di bawah pondok yang cantik. Langit membiru dan di sebalik awan tu ada pelangi.” Terang Yusuf cuba membantu aku menerangkan situasi di situ. Aku diam .
“Kenapa Sara diam?” soalnya berhati-hati.
“Sara nak Yusuf jujur kenapa Yusuf kawan dengan Sara? Sedangkan selama Sara kat sini tak ada seorang manusia pun yang nak berkawan dengan Sara selain Yusuf” Terangku penuh syak wasangka. ‘betul ke apa yang budak-budak tu cakap, Yusuf kawan dengan aku sebab duit?’ gerutu hatiku.
“Yusuf cuma nak duit”Terangnya ringkas.
“Jadi selama ni Yusuf kawan dengan Sara cuma sebab duit? Bukan sebab Sara?” Jerkahku.
“Ya”
Air mataku merembes membasahi pipiku. ‘Ya Allah ujian apa yang telah Kau beri kepada hamba-Mu yang serba lemah ini Ya Rabb’ monolog hatiku.
Aku berlalu meninggalkan Yusuf, melangkah dengan penuh hiba dan kecewa. Yusuf aku memang cintakan kau tapi aku tak pernah pinta sedikit pun cinta dari kau sebab aku tahu, aku sedar aku buta Yusuf. Aku tak sempurna.
“Sara jangan lari!” laung Yusuf dari belakang.
Aku terlanggar sesuatu, kaki ku tersadung dan tubuhku menyambar bumi. Aku terlelap.
……………………………………………………………………………………………………………….
“Sara dah bangun?” Mak Su memeluk tubuh longlaiku.
“Mak Su kenapa ni?” Soalku terpinga-pinga.
“Sara dah ada penderma mata” Jawab Mak Su penuh riang. Aku terdiam.

………………………………………………………………………………………………………………
Mak Su kata masa aku berlari kaki aku tersadung akar pokok dan kepala aku landing tepat-tepat dekat batu lepas tu aku pengsan. Aku menjalani pembedahan tanpa Yusuf rakan baik ku disisi. Jujurnya aku amat teruja ingin melihat wajah sahabat yang telah aku kenali selama 4 tahun.
……………………………………………………………………………………………………………….
Hari ini merupakan detik untuk aku melihat warna lagi. Alhamdulillah.Hari ini juga merupakan hari lahirku hehe. Pembalut mataku akan di buka hari ni tak sabar betul. Mata baru. Agaknya siapalah insan yang telah mendermakan matanya kepada ku. Aku tersenyum.
“Sara buka mata perlahan-lahan ye” Arah suara Doktor Izanni, seorang pakar bedah mata di HUKM.
“Baiklah.” Aku membuka mata ku penuh cermat. Aku nak Yusuf lihat mata baruku. Mata ku terbuka., satu permandangan indah bermain di mataku. Permandangan di luar tabir hospital yang menghijau menerjah bebola mataku, menyegarkan.
“Mak Su nak cermin” Pintaku penuh debaran. Cermin dihulur kepada tangan mulus ku. Empat tahun berlalu, empat tahun juga aku tidak tahu bagaimana rupa ku. Mataku memfukoskan kepada pantulan imej  wajah baru ku.
“Hazel !” Aku terpana seketika.
…………………………………………………………………………………………………………….....
4 bulan lalu ….
“Yusuf” panggilku.
“Ye” Jawabnya ringkas.
“Kalau mata saya warna biru mesti cantikkan. Macam Mat Salleh” Aku berseloroh.
“Kalau mata awak hazel awak suka?” soalnya penuh tanda tanya.
“Suka hehe. Mesti ramai hantar borang permohonan kahwin kalau mata saya warna hazelkan” Aku cuba berjenaka.
“Okay macam ini, suatu hari nanti bila awak bangun pagi saya akan buat magis ok? Dari warna hitam saya tukarkan mata awak kepada hazel” Aku terdengar tawa kecilnya. Aku hanya tersenyum.
“Saya teringin nak lihat wajah kawan baik saya ni” Pintaku sayu.
“Satu hari nanti awak akan dapat tengok jugak. Percayalah okay. Tapi bila masa tu tiba, awak jangan nangis lak rindu saya haha.” Tenang bicaranya, memekar bunga cinta dalam hati ku.
“Kenapa saya nak rindu awk pulak, nanti bila saya dapat melihat alam yang indah ni lagi sekali, awak akan jadi orang pertama yang saya nak tengok” Suara ku seakan merayu,
‘bilalah waktu itu akan tiba’ monolog ku sendirian. Senyuman ku pudar.
“Ala awak ni masa tu manalah tau saya dah kawin, beranak-pinak ke. Macam mana la saya nak teman awak” Dia mengusik.
“Okay” Aku merajuk seperti kanak-kanak. Ku kira dia sedang senyum melihat telatah aku yang mirip pelajar sekolah rendah.
“Eleh merajuk macam kanak-kanak ribena” Aku sekadar mencebik tanda tak puas hati.
……………………………………………………………………………………………………………….
“Sara kenapa ni? Termenung je” Panggilan Mak Su menghentikan lamunan ku.
“Mak Su ni mata sape? Yusuf mana Mak Su?” Aku membulatkan mata.menanti jawapan kepada setiap soalanku.
“Mak Su tak tahu. Tapi Yusuf ada bagi ni kat Mak Su. Yusuf suruh Mak Su bagi kamu” Terang Mak Su ku. Aku menyambut kotak hadiah bersama sekeping nota yang Mak Su hulurkan. Aku membuka warkah pemberian Yusuf dengan penuh debaran.

Assalamualaikum wahai puteri pencuri hati yang tidak pernah jenuh mencuri hati saya
Miasara Amirah binti Abdullah.
Sara, hari awak membaca warkah ini, saya sudah pun menunaikan magis saya. Saya sudah tukarkan mata hitam awak kepada warna Hazel. Hebat tak saya? Miasara kali pertama saya nampak mamat-mamat yang kacau awak tu, saya bengang sangat. Mulanya niat saya cuma ingin membantu awak. Tapi bila saya sedar awak sudah berjaya takhluk hati saya. Saya cintai awak semata-mata kerana Allah.
Miasara, impian saya ingin menjadikan awak yang halal buat saya. Tapi dari dulu saya tahu ini semua mimpi. Mimpi yang indah Allah kurniakan buat saya. Miasara, sebenarnya saya menghidapi kanser tiroid. Kanser yang merebak dan menyerang organ-organ badan saya yang lain dan menggalakkan penghasilan sel mutan ataupun kanser.  Saya menghidap hyperthyroidism  masa umur saya 15 dan saya tak sangka dari peringkat benign boleh beralih ke peringkat malign. Ubat-ubat yang doktor bekalkan cuma untuk memperlahankan kadar pertumbuhan kanser tapi bukan untuk menyahkan kanser dari badan saya. Semakin hari kanser ni membesar dan pembedahan tidak akan berjaya sebab kanser ini sudah merebak ke bahagian jantung saya. Saya redha dengan jalan dan takdir hidup saya. Saya sangat gembira menjadi teman awak walau untuk seketika tapi itu sudah cukup buat saya.Sara kalau awak masih ingat insiden di perpustakaan, saat awak mendengar kata-kata budak perempuan tu, sebenarnya saya yang minta pertolongan mereka untuk berlakon di depan awak. Saya tak mahu awak sedih bila saya tiada di sisi awak suatu hari nanti, jadi biarlah awak benci saya dulu supaya awak mudah lupakan saya. Maafkan saya.Sara, awak ingat tak bukit yang kita pernah pergi dulu? Nama tempat tu Bukit Impian, satu hari nanti saya nak awak lihat pelangi yang saya pernah lihat dulu. Pelangi yang secantik Sara. Pelangi itu mampu melawan sinar mentari dengan warna-warna yang menawan. Pelangi itu rapuh tapi masih mampu bangkit menyinar walaupun selepas Allah hadirkan ribut dan taufan. Pelangi itu hadiah Allah buat hamba-Nya .Pelangi itu awak Miasara Amirah binti Abdullah.

Sara, biarlah saya pergi dulu. Halalkan apa yang apa terlebih dan terkurang dari saya. Saya berjanji dengan izin Allah saya akan tetap menemani awak dan menjadi sebahagian dari warna-warna cinta awak.Lagi satu Yusuf hadiahkan Sara kotak muzik. Sara suka kotak muzik yang macam
crystal ballni kan. Bila Sara rindu Yusuf buka la kotak muzik ni .
Wahai hamba Allah, perhiasan dunia yang indah jagalah dirimu dari fitnah dunia yang mengalpakan. Wahai hamba Allah yang tercipta dari tulang rusuk adam, jagalah iman mu sebaiknya.Teman baik di alam sana adalah amal,kumpullah ia sebanyak mungkin dan dooakan saya berbahagia di sana. Setiap yang bernyawa pasti merasai mati dan setiap musibah terciptanya nikmat terindah buat mu bidadari dunia ku.
Muhammad Yusuf Isma ^_____^
Pecah jua benteng air mataku. Ya Allah kurniakanlah Yusuf tempat disisi kekasih-Mu ya Rabb. Esakkan ku berakhir dalam pelukan Mak Su. Selamanya aku akan hidup dalam kenangan terindah ini, selamanya Yusuf. Hati ku luluh, tercalar dengan ujian-Mu yang kali ini Ya Rabb.Ampunkan dosa-dosa hamba-Mu yang lemah ini Ya Allah. Hatiku menangis untuk yang kesekian kali.
…………………………………………………………………………………………………………….....
Sudah sepuluh tahun berlalu dan aku masih disini mengingati Yusuf dalam setiap bait doaku. Aku berdiri di balkoni rumah yang menghadap padang pasir yang saujana mata memandang. Saat ini hujan gerimis membasahi bumi Cairo..Tenang.. Seorang anak kecil berlari mendapatkan ku.
“Ummi, Yusuf suka Laila” Petah anak kecil itu berbicara. Aku hanya tertawa.
“Kalau Yusuf suka kan Laila Yusuf doakan dalam solat Yusuf semoga Allah menjodohkan Laila buat Yusuf” Tenang aku berbicara.
“Jodoh itu apa Ummi?” Soalnya kurang mengerti.
“Suatu hari nanti Yusuf akan faham.”Aku tersenyum.
“Baiklah Ummi, Yusuf nak main dengan Laila ye, Assalamualaikum.” Kanak-kanak berusia 7 tahun itu berlari mendapatkan Laila rakan sebayanya, usai dia menyalami aku.
“Waalaikumusalam” Aku tersenyum.
Tudung labuhku yang berwarna merah pudar sepadan dengan mata hazelku, berkibar ditiup bayu hujan gerimis di bumi para Anbia’ ini. Aku bertemu jodoh dengan seorang yang persis wajah Yusuf, Dr. Nasrul Haq yang bermaksud pertolongan kebenaran. Bagi aku nama suamiku cukup indah, seindah wajah dan peribadinya. Aku jatuh cinta dengannya saat mataku tertacap pada paras yang persis Yusuf itu di salah sebuah perpustakaan di New Zealand. Kami mengikat janji di hari pernikahan kami yang kami akan saling mencintai hingga ke akhirnya. Suami ku sekarang bertugas di Cairo dan terkadang dia menjadi sukarelawan di Palestine dan aku selalunya akan menjadi tenaga pengajar anak-anak Palestine yang begitu naïf tapi selalunya jika suamiku sedang bertugas di Cairo, akulah permaisuri sepenuh masa bagi sultan ku yang sorang ini dan putera kecil kami. Aku tersenyum mengenang saat pertemuan kami.
“Assalamualikum wahai puteri pencuri hati” Desis suara lembut itu membisikkan kalimah salam yang paling manis di telingaku.
“Waalaikumusalam wahai sultan penakluk hati” Aku berpaling dan menyalami suami ku yang tercinta lantas memberikan sekuntum senyuman lembut yang singgah di pipi lembutnya.
“Puteri Mia abang ni gatal la hehe” Dia cuma tertawa sambil meletakkan kedua tangannya di kedua belah pipi ku. Comel.
“Abang, Mia sayang abang, terima kasih sebab sudi menjadi sultan di hati Mia” Lembut aku membisikkan kata di telinganya.
Ketika aku melafazkan ayat-ayat cinta ini pelangi muncul membawa tujuh warna sayapnya di bumi para Anbia’ ini.
“Terima kasih jugak sayang sebab sudi menjadi tujuh warna pelangi dalam dunia abang yang penuh dengan warna cinta sayang” Nasrul Haq mencubit sebelah pipiku hingga pipiku memberi respon kemerah-merahan.
“Abang !!” Jeritku..Geram.
Di balkoni rumah yang di tiup angin bayu dan dihiasi hiasi hujan gerimis serta pelangi indah yang menghiasi dada langit di bumi yang berpasir ini , kami berkejaran mengejar antara satu sama lain bagai anak kecil yang cukup bahagia. Alhamdulillah terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan lelaki yang paling tampan dan soleh buatku. Aku tersenyum bahagia mensyukuri nikmat bahtera perkahwinan yang di anugerah Allah ini.
“cinta si gadis buta ini cuma buat kamu yang terindah, cinta terakhirku Dr. Nasrul Haq bin Umar. Kisah cinta yang teragung ini Mia nukilkan ikhlas buat abang” bisik ku pada telinganya bila suami ku berjaya menangkap tubuh genitku. Kami sama-sama tersenyum memandang ke langit yang terhias dengan pelangi di sebalik hujan renyai yang membasahi bumi Allah ini.



Tuesday 6 December 2011

Puisi buat si EGOIS


Cerita tentang dia
Tak pernah sudah
Kerana cinta itu buta
Dan aku memilih untuk dibutakan


Cerita tentang dia
Tak pernah berpenghujung
Bagai meneroka dalamnya lautan
Dan aku memilih untuk lemas dalam kehidupan


Aksara yang bermain dalam lena dan jagaku
Tak pernas culas mencuit hati rapuhku
Adakah ini mulanya bahagia?
Atau kisah sebuah derita?


Wahai si egois
Aku bukan minta simpati mu
Bukan aku mahu harta mahupun bangga
Dengan keelokkan parasmu


Wahai si egois yang menebal egomu
Aku cuma mahu jadi yang halal buatmu
Aku cuma mahu kau menjadi nakhoda kapalku
Aku cuma mahu kau bimbing dan lindungi aku
Rendahkan ego mu buatku


(I'm not a perfect person ^____^)
btw mase tengah selak-selak "edit post"
tetiba jumpa sajak ni..Sajak ni unfinished actually..Lepas word "aksara" dalam sajak ni aq baru lepas buat..
Someone bagi aku inspirasi tuk abiskan sajak ni..
Tak bagus tapi cukup buat aku senyum hehe ;) 

Friday 25 November 2011

Aku ingin bercerita kisah aku dan Dia





Aku bukan seorang penulis puitis
Aku bukan seorang pengkarya ulung
Aku hanya aku..
Menceritakan sebuah kisah tentang Aku dan Dia


Yee..saya bukan nak cerita pasal putera idaman saya
BUKAN
Saya cuma nak cerita tentang insan yang pernah bertapak dalam hidup saya
Dia seorang bidadari dunia haha ^^

Bukan..bukan

Dia cuma seorang sahabat yang manis, cantik, dan pendengar yang setia..
Saya mengenali insan ini sejak dibangku sekolah lagi..
Dia seorang anak cikgu..
Dia masuk tingkatan satu tak silap saya pertengahan tahun

Mula-mula
Dia pendiam..diam dan diam..

Bila dia cuba didekati rupanya seorang yang periang..

Dia manis macam gula haha >,<
Dia banyak bercerita, berkongsi macam-macam lagi
Rupanya bidadari ni seorang yang baik ^^
Saya ingat lagi kat sekolah budak-budak kelas kata die PENIRU??
Tolong la before kenal jangan pandai-pandai nak mengata
Usia perkenalan kami sekejap
Tapi cukup untuk aku mengenali dia sebaiknya
Dia bukan peniru..Dia seorang yang kuat berusaha





Tapi setiap pertemuan ada perpisahan..
Dia dapat tawaran untuk menyambung pelajaran di sekolah teknik

Dan saya cuma disini..
Di sini menyambung coretan kisah dan duka ini..


Tingkatan 4 merupakan titik noktah perkenalan ini
Tapi hanya menoktahkan musim persekolahan dia kat sini sahaja.
Kitorang still bersahabat..insyaallah selamanya..


Tapi masa dan ruang itu menjarakkan kami
Harus kami mengalah pada masa ..

Bidadari comel ini tahu sape?


MAS NURUL AMIRAH ^__^

Satu hari nanti insyaallah kau akan bace coretan ini untuk kau
>,<

Saturday 19 November 2011

1,2,3 Cerita bermula !


Mohd. Nazdri bin Zainal Abidin or also known as Jepp. Korang rasa apa yang menarik sangat dengan nama ni? Kacak? Boleh la, yang penting dia seorang yang kelakar. Aku tersenyum sendiri.

Nama aku Tengku Zunnurien Amirah bint Tengku Zolzan. Aku salah seorang dari penuntut Universiti Malaya dalam jurusan TESL. Papa aku merupakan CEO di syarikat perhotelan Dream Holding dan mama aku seorang suri rumah sepenuh masa yang tidak pernah mengeluh membesarkan kelima-lima orang anaknya.Mama aku Korean so kira mualaf la dan papa pula Pan-Asia, Melayu campur British. Kiranya keluarga aku ni semua macam rojak la. Korang nak tau berapa umur aku? Aku baru mengijak ke usia 22 tahun. Nak tahu tak?Macam mana cerita aku ni bermula ye?
………………………………………………………………………………………………………

Kaki kecil ku yang berbalut sepatu ala-ala Cinderella dari Stuart Weitzman melangkah turun dari perut kereta sport Meserati milikku, ku katup kemas. Pagi itu aku mengenakan blouse kait  berona merah garang yang disertakan dengan singlet merah hadiah abangku dari England serta jeans denim yang mengikut alur sepasang kakiku, sungguh tubuhku pasti mengiurkan mana-mana lelaki yang melihat. Rambut brunette separas bahu ku biar mengerbang.

“Hye Rien, seriously you look very gorgeous “

Huh, Danny sape tak kenal, lelaki bermata sepet kacukan darah Chinese dan Korean. Dia berada dalam aliran perubatan huh, Daniel si kasanova aka buaya darat kolej ni dan juga bekas teman lelaki ku yang curang.

“By the way can you accompany me for my breakfast? I’m hungry darling”

Sambung Danny, perkataan ‘darling’ dia benar-benar membuat aku jelik.

“Maaf saya tak ade masa” sengaja aku tekankan perkataan ‘tak ade’ supaya kedengaran lebih scarstic. Aku tersenyum puas. Aku tahu semua lelaki yang ingin mendekati ku ada tujuan masing-masing. Seorang gadis cantik yang kaya, huh semua pembohongan semata. Aku hanya alat untuk kepentingan mereka, untuk menjaga reputasi mereka dan pelbagai alasan lain.Aku muak.

“BAkkkKK”

“Ahh” jerit kecilku. 

Habis berselerak kertas assignment encik Ridhuan untuk subjek English Studies ku. Aku bangun sambil menepis-nepis habuk yang melekat di baju ku.  Aku mendengus, geram.

 “Maaf saya tak sengaja” tutur lelaki di hadapanku, sopan. 

Lelaki itu mengutip semula kertas assignment ku yang berselerak di atas jalan. Aku mencebik sambil merentap kasar kertas di tangan lelaki itu. 



“Buta ke? Tak de mata dah nak tengok jalan? Lain kali tengok jalan bukan tengok longkang. MORON !” bentakku.

………………………………………………………………………………………………………

‘ah tak pasal-pasal aku kene redo assignment, ni sume salah mamat buta pagi tadi tu’ monolog ku marah. Di dalam bilik aku menyusun semula assignmentku yang baru habis di cetak semula. Aku merenung kad pelajar di tanganku, aku perasan kad pelajar itu meluncur laju dari timbunan kertas assignmentku yang sudah keronyok akibat pelanggaran pagi tadi. Muhd Nazdri bin Zainal Abidin. Buruknya nama.

“Mira, Datin panggil makan” Aku tersentak dari lamunanku.

“Ye Kak Mun kejap” Laungku.

……………………………………………………………………………………………………..


Usai kelas Madam Endrayati aku hanya duduk memaku di meja kuliahku menunggu kuliah seterusnya. Fatin yang sedari tadi di sebelahku entah kemana. Aku yang berbaju putih ala-ala sweater dan jeans denim yang melengkapi gayaku Nampak lebih sopan berbanding hari sebelumnya. Rambut brunette yang telah aku sanggulkan awalnya, terhurai sedikit dari ikatan.Mataku hanya merenung ke luar tingkap, kosong sekosong hatiku.

“Assalamualaikum Mak minah.” Sakat suara nakal di sebelahku, aku berpaling.  ‘huh mamat ni lagi’

“Waalaikumsalam Tok Jangut” Balasku geram.

“Mak Minah jauh menung ade sampai kat rumah saya tak?” gurauan lelaki itu tidak ku hiraukan.

“Don’t ever call me that way, weirdo” balasku sinis.

“Mira.” Aku tersentak.

“huh?” balasku pendek.

“Fatin bagi tau awak nama awak mirakan?” soalnya ingin kepastian.

“Awak ada nampak kad matrix saya tak?” soalnya lagi, aku hanya diam. Ku jeling raut wajahnya, tidak puas hati.

“Cuba awk tengok Kaunselor kita Encik Musa berjalan” Aku memandang wajahnya, pelik.

“ahahaha” ketawa ku meletus melihat lelaki di depanku menggayakan cara jalan Kaunselor kami yang iras-iras pelakon yang memengang watak Virus dalam cerita “3 Idiots”, . Aku tersenyum.

“Cuba awk tengok ni pulak. Ini versi Encik Rahim” 

Dia menggayakan cara jalan Dekan kami yang gaya jalannya persis robot dalam cerita Wall-e. Aku tergelak sakan.

“Haha awk ni pandai berlawak la.” Ada sesuatu yang lain dari dirinya. Aku tersenyum lagi.

“Hurm maaf lah kalau awk marah tadi saya panggil awak Mak Minah.Nama saya Muhd Nazdril atau awak boleh panggil saya Jepp. Ermm..kalau Matrix Card saya tak ada kat awak tak apelah” Dia bingkas bangun, langkah kakinya seakan payah ingin berlalu. 

Aku tersenyum sendiri.

“Muhd Nazdril Bin Zainal Abidin, pelajar tahun akhir dari course engineering .Kalau awak nak matrik card awak, awak boleh ambil tapi awak kene bayar ganti rugi sebab langgar saya semalam dan menyebabkan saya perlu redo assignment saya.”

Aku bersuara angkuh. Kad Matrix di tangan, aku tunjuk sebagai bukti.

“Baik, awak nak saya bayar berapa?” Soalnya serius.

“Tak banyak, cuma kene belanja saya lunch okay?” Senyum ku meleret bila dia menganguk tanda setuju.


………………………………………………………………………………………………………


Jepp seorang lelaki yang comel, baik dan kelakar. Dia juga seorang yang menjaga batas pergaulan antara aku dan dia, itu ciri yang melengkapkan kesempurnaan bagi diri pemuda itu. Sepanjang aku mengenali lelaki itu tidak pernah sekali pun dia mengambil kesempatan terhadap diriku, kulit ku pun tidak pernah dia sentuh secara sengaja.Jangankan aurat malah duit ku pun dia tidak pernah pinjam walaupun aku tahu dia selalu kekurangan duit. Dia selalu bercerita tentang pahlawan-pahlawan islam, kewajipan menutup aurat dan banyak lagi tentang islam kepadaku. Aku tersenyum sendiri.

“ Mira, mira ingat tak cerita saya tentang seorang pahlawan islam yang sebaik-baik raja dan tenteranya adalah yang sebaik-baik tentera?” soal lelaki dihadapan ku yang sedang menyiapkan assignment nye.

“Ingat tentang sultan mohd al-fateh kan? Seorang raja yang menawan Constantinople. Cerita la lagi pasal dia Jepp”

Aku  tersenyum mengingati bait-bait dialog aku dan Jepp di kafe semalam. Walaupun dia kusyuk menyiapkan kertas kajian dia tapi dia masih mampu menceritakan kisah yang tidak pernah aku dengar dan dia masih mampu memberi senyuman yang cukup manis untuk menceriakan hariku.

Sejak perkenalan aku dan Jepp pakaian seksiku aku campak ke tepi, aku mula mengenakan baju kurung untuk ke kuliah. Aku mula terlena dalam longgokan kertas tugasan yang harus aku lunaskan.

………………………………………………………………………………………………………


Pagi ahad itu, aku cuma bersantai dirumah, malas ingin ke rumah Fatin kawan baikku. Selalunya hujung minggu seperti ini kami keluar ke shoping mall dan malam pula kami selalu menjejakkan kaki ke pub di ibu kota. Buku panduan solat di tanganku aku selak sehelai ke sehelai muka surat. Tiba-tiba aku teringat tudung ungu yang Jepp hadiahkan kepadaku minggu lepas sempena hari lahirku. Kawan-kawan yang lain pula menghadiahkan tas tangan berjenama, kasut dan macam-macam lagi. Aku menghampiri tudung itu dan cuba menggayakannya. Aku senyum sendiri.

“Mira, datin panggil turun makan” laung suara kak mun dari luar bilikku.

“Ye kak mun” Aku menurut, kaki ku langkah menuju ke arah mama dan papaku. Aku mengatur duduk di kerusi bersebelahan dengan mama. Mama mula mengatur bicara.

“Mira sayang, sebulan lagi kamu graduate kan?” soal mama, papa pula hanya duduk menyandar membaca surat khabar pagi itu.

“er ye mama” jawabku teragak-agak.

“Tempoh hari Dato’ Afendi datang kerumah melamar kamu bagi anak dia Danny” tenang mamaku mengatur bicara ha?Apa???

“Ape mama? So mama setuju ke?”

“Papa harap kamu setuju, jodoh kamu dan Danny kami tentukan sejak kecil. Kami tak nak hubungan kamu putus, papa yakin Danny betul-betul suka kamu” papa mencelah.

“Papa ni soal masa depan Mira, Mira tak nak pilih orang yang salah. Mira nak seorang suami yang boleh memimpin Mira!” tegasku, mataku mula berkaca. 

Papa dan mama terkesima dengan jawapanku. Aku tahu mereka tiada niat mahu memaksa, tapi aku juga tahu jodoh aku dan Daniel sudah ditentukan sejak kami kecil, dan aku juga tahu jodoh antara aku dan Daniel adalah berdasarkan duit semata-mata. Papa dan Dato’Afendi akan mengukuhkan kerjasama, dan dua syarikat gergasi itu akan bergabung atas nama perkahwinan kami.
Aku hilang selera untuk menjamah nasi lemak Kak Mun pagi tu.

………………………………………………………………………………………………………


Lagi seminggu majlis konvokesyen akan diadakan, aku hanya ada masa seminggu dan selepas ini hubungan aku dan Jepp akan berakhir. Sudah sebulan Jepp cuba mengelakkan diri dariku. Entah apa alasannya. Aku keliru untuk menerima lamaran Daniel sedangkan hatiku suka pada Jepp. Sejak tempoh sebulan itu juga Daniel nampak lebih prihatin, entah kemana melayangnya gelaran kasonova dia pun aku tidak tahu. Daniel kerap menghabiskan masa denganku. Aku buntu…

“Mira jom shopping, I nak beli new dress la” Fatin menyedarkan aku dari khayalanku.

“Jom” ajakku malas, aku menggenggam kunci keretaku, kuat…


Dihadapan mataku aku nampak Jepp dan seorang wanita manis bertudung merah pudar sedondon dengan baju kurungnya. Benar-benar cantik dan sopan. Aku geram,  lantas aku menghampiri kelibat mereka yang sedang asyik bergurau senda.



“Assalamualaikum Jepp” senyuman ku hambar.



“Waalaikumusalam” tanpa sekelumit senyuman dia membalas salamku. Seolah-olah dia tidak pernah mengenaliku.Hatiku pedih.

“Sibuk ke? Lama tak nampak.” Aku cuba mencari helah, mencari penipuan agar hatiku terubat.


“Sibuk jugak” ringkas dia membalas. Sakit di hati tak tergambar, aku menuntun kakiku meninggalkan mereka.

“Assalamualaikum” aku memberi salam tanpa menoleh ke arah mereka,aku berjalan menuju ke keretaku.

“Waalaikumusalam” jawab mereka serentak.

…………………………………………………………………………………………………….


Fatin yang menunggu didalam kereta sejak tadi hanya membisu, pelik dengan sikapku. Persoalan Fatin yang bertubi-tubi aku biarkan. Aku hilang separuh dari semangatku. Aku membatalkan niat kami ingin ke mall.

Usai balik ke rumah aku menangis teresak-esak dibilik mengenangkan sikap Jepp baru tadi.

………………………………………………………………………………………………………


Dua tahun berlalu, sejak itu kenangan antara Jepp dan aku berkubur begitu sahaja. Aku meneruskan pengajianku dalam peringkat Ph.D , aku kini mengajar anak-anak kecil di salah sebuah sekolah felda di Negeri Sembilan. Aku bahagia dengan profession yang aku miliki, tawaran dalam bidang perubatan awal-awal dahulu aku tolak kerana cinta aku untuk mengajar anak-anak kecil yang naïf ini. Aku boleh sahaja bergelar pensyarah muda atau pun memasuki bidang pentadbiran dalam pendidikan. Tapi biarlah dahulu, anak-anak kecil ini perlukan ilmu dan aku akan terus mengajar setakat termampu. Mama dan Papa redha dengan keputusanku. Antara aku dan Daniel pula hanya setakat kisah lama. Kami kini kawan baik, aku menolak pinangan dari keluargaya dulu. Cukuplah dengan cinta .


“KRINGGGGG !” loceng sekolah berbunyi, anak-anak kecil segera berlari menuju ke padang.Aku pelik ada apa-apa aktiviti sekolah yang aku tidak ketahui ke? Bisik ku sendiri.


“Teacher, teacher ada orang suruh Anip bagi ni kat Teacher Mira” salah seorang anak muridku menghampiri dan memberiku satu bungkusan.

“Terima kasih Anip sape bagi ni?” tanyaku lembut.

“Tak tau teacher, ada abang bagi, dia suruh teacher pergi kat padang sekolah” bersungguh-sungguh anak kecil itu menerangkan padaku. 

Dia berlalu pergi menuruni tangga.
Aku pantas membuka balutan kotak kecik itu, ada sebentuk cincin bertatahkan permata didalamnya. Ya Allah, sungguh aku terkejut, di samping bungkusan kotak itu terdapat sekeping nota yang mengarahkan aku pergi ke padang.
Langkah kaki ku pantas menuju satu destinasi yaitu padang sekolah. Siapa agaknya yang memberi aku cincin ini? Daniel ke? Atau..Aku pantas menghapuskan satu lagi nama yang mula mencuit kotak mindaku.
Sesampainya aku dipadang sekolah aku melihat murid-murid berbaris memegang board yang bewarna-warni dan di atas board itu terlukis simbol hati. Ya Allah. Aku menutup mulutku.


“Awak sudi tak terima hati-hati yang naïf dari budak tu?” Satu suara menyapaku dan aku yakin itu suara Daniel.

“Daniel?” Aku menoleh.

“Cinta tu semua untuk awak dan cincin itu untuk awak, saya..” Daniel terhenti disitu.

“Daniel, saya tak dapat terima awak” aku bersuara lembut.

“Saya tahu dan bukan saya yang nak lamar awak tapi Mohd Nazdri Zainal Abidin” Aku terkesima, Ya Allah.

“Teacher Mira, sudi tak awak mengahwini saya? Kalau awak sudi sekarang jugak saya hantar ayah saya pergi rumah awak” Jep berseloroh.


Tudung ungu pemberian Mohd Nazdri mengerbangan di tiup angin dan aku terpaku, melihat susuk tubuh seorang lelaki yang sangat aku  rindu berdiri di hadapanku. Wajah fotogenik itu tersenyum kepadaku.

Masa seakan berhenti berputar bila lelaki itu berdiri merenung mata hazelku.


“Cikgu terimalah saya dah penat berdiri ni” salah seorang dari anak muridku bersuara, Fikri anak comel yang terkenal dengan kepetahan dia berbicara.

“Terimalah Teacher Mira, kesian abang tu” Seorang lagi anak muridku bersuara.

“Terima. Terima. Terima” Mereka bersorak menyuruh aku menerima lamaran lelaki dihadapan ku.


Kanak-kanak yang seawal usia 12 tahun itu sudah mula mengenali erti cinta.. Aku tersenyum nakal.


“Saya tak dapat terima lelaki yang sakitkan hati saya dan buat saya tunggu dua tahun” aku meninggikan ego ku padahal di dalam hati berbunga-bunga gembira hanya Allah yang tahu.

“Maafkan saya, saya takut awak tak suka saya.Bila saya dengar hal pertunangan awak dan Daniel saya tak dapat buat apa. Saya jauhkan diri dari awak supaya saya dapat ubatkan hati saya yang terluka ni. Saya sambung pelajaran saya di Australia, sebab saya dapat tajaan. Tiga hari lepas saya terserempak dengan Daniel kat tempat kerja saya. Daniel ceritakan semuanya pasal awak.” 
Panjang lebar penerangan Jepp. Aku tersenyum.


"Dan macam mana pulak degan perempuan yang awak bergurau sakan kat kolej dulu?" soalku.

"Yang masa awak lari macam itik seminggu sebelum konvokesyen ke?" die menanya pula.


"Ye lah" aku menjeling Jepp, tajam.


"Itu Umaira, masa tu kelas kitorang kene prepare majlis konvo and I'm her partner. Masa tu saya nampak awak datang kat kitorang saya saja buat macam kitorang rapat, supaya awak..." 

“Baiklah Encik Pencuri Hati saya terima lamaran awak” aku sengaja mencelah sebab aku rasa tiada apa yang perlu diterangkan tentang salah faham dua tahun lepas. Hatiku gembira.

Daniel hanya tersenyum bersama Fatin disebelahnya yang entah bila sampai pun aku tidak sedar. Aku pula memandang ke langit Allah bersyukur kerana Dia kurniakan cinta yang aku cari selama ini…. 

Alhamdulillah..

( Ni cerpen yang aku baru siapkan semalam tengah malam lak tu ^^..Harap ada orang bace dan komen ..amin >,< )