Tuesday 20 August 2013

Amnesia

Aku mahu amnesia
Luputkan segala
Dari pita memori 

Tali pita terburai
Mahu aku hambur segala kesalahan
Keluar, biar tidak berkuman
Virus yang masih menular dalam hati
Di hempuk dosa 

Aku tertipu
Kata-kata dusta
Dibisik terus ke hati
Menggugah kewarasan
Aku terjelepuk kalah!

Tersia
Pengharapan hingga
Ke hujung dunia
Masakan berpenghujung

Masih lagi aku berharap
Aku amnesia
Mahu mulakan semua semula



Monday 19 August 2013

Keliru

Terpaku 
Kaki di simpang
Rantai keliru

Pada dua simpang
Kaki diheret
Hati di toreh 
Demi satu pilihan 

Jerebu yang menghakis 
Masa hadapan

Kelam, biru dan haru
Gelodak meluap
Hati yang dipalu

Mana mungkin kau mengucup bahagia
Di bakaran api derita
Seorang manusia
Yang gagal menjadi manusia
Mengharap dikuburkan bersama tanah
Jadi debu yang berabu..