Tuesday 5 February 2013

Siapa kita?

Siapa kita?
Hanya makluk Allah
Lemah lagi hina
Tak berdaya

Tanpa kasih Dia

Siapa kita?
Kan hanya manusia
Benar kita khalifah
Tapi dia juga

Kalau silap tegur
Bukan menjatuhkan harga diri dia
Kenapa?
Sebab anda manusia 'superior'?
Maksum dari segala dosa?

Encik manusia
Saya tak lalui jalan hidup anda
Saya jahil tentang anda
Sama juga dia
Sama juga anda
Anda bukan dia
Tak merasa jadi dia
Jangan mudah meletak hukum
Lempar salah 
Semua jadi mudah

Salah..
Kalau dia salah, saya salah
Tegur
Ada cara, ada adab
Jangan buat ikut suka
Sampai hilang hormat

Encik manusia,
Kita kan cuma hamba Dia
Jangan buat dia makin hilang jejak
Dari ruh cinta Islam
Dari jalan kasih Allah


Berhikmah dalam bicara
Itu yang sebaiknya..
Saya tegur kerana cinta
Pada kita semua
Saya mungkin salah
Tak lari dari penyakit lupa
Kita sama juga

Tapi perlu ingat
Perlu hitung
Zarah amal
Siapa kita di hadapan Pencipta
Bukan mencongak
Siapa dia di hadapan Pencipta






Alhamdulillah

Cinta itu milik Allah
Rindu meresap ke penghujung saraf
Allahuakhbar
Cinta Allah itu percuma
Kasihi Allah,
: Barang siapa mengingati Allah, Allah akan ingat padanya.

Allah hadirkan cinta
Dari manusia buat manusia
Dari sehelai warkah usang
Sebuah kisah lagenda
bermediumkan manusia
Sebagai bukti Allah cinta

Sungguh kita buta
Rahmat kasih Dia
Gembira yang Allah bagi pinjam
Alhamdulillah
Pada takuk mana sudah 
Kita bersyukur?
Cukup kah?

Alhamdulillah
Jangan berhenti bersangka baik
Kepada Allah
Cinta Allah mengatasi kemurkaan Dia
Moga kita bukan termasuk dalam
Golongan yang rugi.

Hadirkan kemanisan 
Dalam perjuangan 
Ya Allah
Aminn
Moga cinta Allah kita yang punya

Saturday 2 February 2013

Berlalu

Dia mendatang
Dan berlalu
Pergi tanpa khabar
Katanya biar sakit sekejap

Kerana dia tak mahu berpura-pura

Yang semalam biarkan berlalu
Seperti musim silih berganti
Tetap berlalu pergi
Hadir tanpa salam
Pergi tanpa pesan

Aku dah terbiasa

Walau janggal
Kerana semua pergi
Berlalu dan terus pergi
Sepertinya
Aku bukan manusia
Kerana hilang rasa 

Biar sejuta kertas terbazir
Kerana aku mengarang coret luka 
Terpalit di sudut hati
Biar hidup tergenggam payah

Dia kata semuanya akan berlalu

Walau aku menulis|
Dia tak kan baca
Jadi apa guna?

Biar je lah semua berlalu
Kerana Tuhan lebih tahu



Dengan kuasa-MU

Kata-kata mungkin tak bisa mengungkap magisnya..
Allah isikan hati dengan cinta
Moga kekal menyubur
Jadi sebuah jambangan taman
Manis lagi indah..


Bila rindu bertandang
Selalu sedekahkan al-Fatihah
Kerana bibir tak mampu mengungkap
Hawa telinga tak mampu mendengar
Bisik suaranya
Rindu yang membuak
Mengundang rasa sepi

Encik Cairo
Yang dirindu
Allah hadir kan rindu kenapa?
Allah hadir kan rasa pada siapa?
Kalau benar diri sudah lupus
Mengapa hadir masih aku nanti?

Dengan Kuasa-Mu
Hilangkan rindu
Rasa, 
Biar hilang 
Larut dalam lelah payah
Biar 
Aku tak mahu ingat..

Mudahnya kau lupakan
Segala kronologi kisah semalam
Mudah amat
Kenapa aku payah?
Sebab rasa itu tersangkut pada kalbu ku
Bukan pada engkau
Sebab itu tak payah
Segalanya mudah
Pada engkau

Sebab aku yang ditolak
Bukan engkau
Sebab tu kau tak rasa apa-apa

Ya Allah..
Ya Allah..

Kau lebih mengenali

Mengetahui luar dalam aku
Apa yang aku zahirkan dan apa yang aku sembunyikan
Rancangan Kau yang lebih sempurna

Ya Allah..
Ya Allah..

Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui..

Jagakan dia dibawah kuasa-Mu
Kerana aku masih suka
Biar dia bahagia
Biar dia gembira
Kerana dia berhak
Kerana aku lebih gembira jika dia bahagia
Kerana suka 
Kerana kewarasan rasa..

Ya Allah..
Ya Allah..


Permudahkan jalan untuk aku

Lupa siapa dia..

Encik Cairo