Monday 30 January 2012

Omomi Hari Lahir ayah aku 30 Jan

Birthday ayah aku la hehe..
Saya tak tahu nak bagi apa kat ayahanda tercinta saya :)


My Ayah is My No. 1 HERO


Apa yang specialnye ayah aku berbanding ayah korang?
Haha I'm not so sure
But, to every child their father is superhero..always


You know what?
*My dad super comel
*Bertangungjawab
*Tegas sikit haha tapi selalunye ibu la berleter
*Protective.. selalu haha
*Caring, selalu risau kalau anak die tak makan ke lambat tido ke pastu selalu sound indirectly.. Sumpah seram


Masa kecik-kecik dulu kan ayah tinggalkan kitorang
Aku tak dapat bayangkan macam mana kitorang 5 beradik boleh hidup tanpa ayah.
Aku masa zaman super cute baby dulu nangis nak ayah
Ibu bagi gamba ayah tapi aku kate tak nak, nak ayah jugak
Haha tu masa zaman dalam buaiyan la
Ibu memang super woman
Ibu besarkan kitorang tanpa sokongan kukuh dari seorang suami
Then ayah kitorang balik,
Memang tak wujud la perkataan benci, marah
Dalam benak kitorang
Yang ada cuma rindu yang meluap-luap
Sayang ayah


Walau apa yang dia buat
Tetap tak dapat nak benci
Hehe


Birthday ayah.. x dapat bagi ape-ape pun
Hehe dapat wish je lah
Tapi tak pe lah 
Hehe.. 


Ni gamba ayah ngan Ibu saya.. Masa ni kitorang kat Rembau..taman tema air

Happy family :)
Ni gambar dekat Zoo Melaka

Wednesday 25 January 2012

Hari ni hari jadi kakak ku yang tersayang ^____^

Selamat hari lahir kak long


Masa ni kat PD.. 

Ni kakak saya : Tengku Noorhazizah :D

Kakak Long saya kakak terhebat di dunia ni.
Dia sanggup berkorban untuk adik-adik dia
Tak kisah kalau dia sakit 
Kalau dia luka
Kalau dia susah
Asalkan dapat penuhi keperluan adik-adik dia

Kak Long saya kuat 
Seorang yang tabah
Sanggup melawan takdir
Demi masa depan adik-adik dia
Sanggup korbankan hampir seluruh hidup dia
Demi kami,
Ayah dan juga Ibu

Kak Long saya Cikgu Kaunselor terhebat
Dia sudi meminjamkan telinga dan masa dia
Untuk kami adik dia
Sanggup rugi duit asalkan kami tak dihimpit masalah

Kak Long saya tegas
Sayang adik-adik dia
Sanggup dahulukan adik-adik dia
Dia tak nak adik-adik dia sesat
Hilang dalam lelah dunia

Dia kakak paling "super"
Macam heroin X-men
Dia bagai mesin penyelesai masalah
Segala masalah kami 
Kami rujuk kepada heroin kami yang satu ini
Kadang-kadang dia yang utama selepas ibu

'kakak lebih memahami'
Kak, ein banyak lukakan hati kakak.
Ein harap akak tak bace 'post' ni
Sebab takut akak tak suka
Tapi ein nak bagi tau satu dunia
Yang ein ada akak long yang paling hebat ^____^

25 January 2012 : 10.05 p.m


Semalam





Semalam itu pasti
Aksara yang membina realiti
...
Semalam kau mencipta
Satu ruang dan perjalanan
Untuk aku tempuhi

Semalam
Kau bisa tertawa
Atas bodohnya aku
Dengan mudah kau pijak kelemahanku


Semalam  
Kau menarik rasa cintaku
Pantas kau melabel aku

Manusia 
Ingatlah, bumi ini bisa Allah terbalikkan..
Begitu juga takdir kau dan aku


finished " 25/01/2012, 7.17 pm