Saturday 2 February 2013

Dengan kuasa-MU

Kata-kata mungkin tak bisa mengungkap magisnya..
Allah isikan hati dengan cinta
Moga kekal menyubur
Jadi sebuah jambangan taman
Manis lagi indah..


Bila rindu bertandang
Selalu sedekahkan al-Fatihah
Kerana bibir tak mampu mengungkap
Hawa telinga tak mampu mendengar
Bisik suaranya
Rindu yang membuak
Mengundang rasa sepi

Encik Cairo
Yang dirindu
Allah hadir kan rindu kenapa?
Allah hadir kan rasa pada siapa?
Kalau benar diri sudah lupus
Mengapa hadir masih aku nanti?

Dengan Kuasa-Mu
Hilangkan rindu
Rasa, 
Biar hilang 
Larut dalam lelah payah
Biar 
Aku tak mahu ingat..

Mudahnya kau lupakan
Segala kronologi kisah semalam
Mudah amat
Kenapa aku payah?
Sebab rasa itu tersangkut pada kalbu ku
Bukan pada engkau
Sebab itu tak payah
Segalanya mudah
Pada engkau

Sebab aku yang ditolak
Bukan engkau
Sebab tu kau tak rasa apa-apa

Ya Allah..
Ya Allah..

Kau lebih mengenali

Mengetahui luar dalam aku
Apa yang aku zahirkan dan apa yang aku sembunyikan
Rancangan Kau yang lebih sempurna

Ya Allah..
Ya Allah..

Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui..

Jagakan dia dibawah kuasa-Mu
Kerana aku masih suka
Biar dia bahagia
Biar dia gembira
Kerana dia berhak
Kerana aku lebih gembira jika dia bahagia
Kerana suka 
Kerana kewarasan rasa..

Ya Allah..
Ya Allah..


Permudahkan jalan untuk aku

Lupa siapa dia..

Encik Cairo 


No comments: