Saturday 1 September 2012

Tentang Cantik

Saya pernah rasa saya tak cantik
: Eh kan bagus kalau kulit aku flawless mcam dia
: Kalau putih macam dia
: Kalau kurus macam dia
Nak jugak rasa di'admire' kan?

Tulah, honestly tu yang saya selalu fikir
Nak jadi cantik, berusaha jadi cantik
Tapi hasilnya macam ni jugak
Selalu cemburu dengan orang lain
Cantik, berduit, bergaya, slim

Tulah kan?
Lumrah manusia bukan semua orang ingat nak bersyukur
Saya jugak macam tu
Honestly ada seorang rakan ni
Selalu cakap macam ni
"Muka kau tu macam tong sampah jadian" 
Ni dalam nada bergurau 
Saya tau
Maaf ye kawan, saya tak berniat nak marah pun
Cuma kalau ulang banyak kali
Sape tak terasa?

Saya terasa,
Kawan saya yang cakap ni 
Memang cantik
Mestilah sebab dia mix
Macam muka arab ade, muke hindustan ada
Untung la kan?

Tapi kalau saya boleh pilih
Masa saya dalam rahim ibu dulu
Untuk ada muka yang super cantik
Mesti saya pilih !!!
Cantik ni cuma pinjaman 
Allah tak pinjamkan kecantikkan yang macam awak
Pada saya

Saya pun nak orang iktiraf saya secantik awak
Ni luahan perasaan
Jangan terasa
Saya minta maaf

Sebenarnya,
Bila saya duduk sorang-sorang
Saya terfikir
"Yang cantik ada pada dia, tak de pada saya
Cantik yang ada pada saya, tak de pada dia"
Macam tu lah manusia 
Tak sempurna
Dan saling melengkapi..

Percaya lah pada saya
Awak sangat cantik
Saya pun cantik
Sebab Allah tak pernah silap
Allah cipta kita dengan sempurna
Apa yang Allah kurnia pada kita
Bukan ada pada semua orang
Bukalah mata

KITA SEMPURNA
KITA UNIK
DALAM CARA KITA TERSENDIRI ..

2 comments:

Nuta Ahmad said...

what make people look beautiful is Iman, seriously...manusia tak terpaku pada kecantikan tapi kaku dan terpegun kerana "baiknya dia"..

Cielo.Zunnurien said...

thanks its :)