Wednesday 25 January 2012

Hari ni hari jadi kakak ku yang tersayang ^____^

Selamat hari lahir kak long


Masa ni kat PD.. 

Ni kakak saya : Tengku Noorhazizah :D

Kakak Long saya kakak terhebat di dunia ni.
Dia sanggup berkorban untuk adik-adik dia
Tak kisah kalau dia sakit 
Kalau dia luka
Kalau dia susah
Asalkan dapat penuhi keperluan adik-adik dia

Kak Long saya kuat 
Seorang yang tabah
Sanggup melawan takdir
Demi masa depan adik-adik dia
Sanggup korbankan hampir seluruh hidup dia
Demi kami,
Ayah dan juga Ibu

Kak Long saya Cikgu Kaunselor terhebat
Dia sudi meminjamkan telinga dan masa dia
Untuk kami adik dia
Sanggup rugi duit asalkan kami tak dihimpit masalah

Kak Long saya tegas
Sayang adik-adik dia
Sanggup dahulukan adik-adik dia
Dia tak nak adik-adik dia sesat
Hilang dalam lelah dunia

Dia kakak paling "super"
Macam heroin X-men
Dia bagai mesin penyelesai masalah
Segala masalah kami 
Kami rujuk kepada heroin kami yang satu ini
Kadang-kadang dia yang utama selepas ibu

'kakak lebih memahami'
Kak, ein banyak lukakan hati kakak.
Ein harap akak tak bace 'post' ni
Sebab takut akak tak suka
Tapi ein nak bagi tau satu dunia
Yang ein ada akak long yang paling hebat ^____^

25 January 2012 : 10.05 p.m


2 comments:

Unknown said...

Semoga Allah cucuri rahmat dan kasih sayangNYA buat mu adik...bahagia itu milik Allah yg dipinjamkan buat kita...kasih juga milik DIA yg juga dipinjamkan buat kita...Alhamdulillah...terima kasih Allah....
Semoga kita bertemu lg di syurga Allah....aamin

Anonymous said...

Aamin YRA