Thursday 13 December 2012

Siapa aku?

Hening malam menampar hati yang dingin
Kilang ingatan
mencerna memori itu
Tak henti
Tak pernah sudah
Secalit kisah cinta
yang aku rindu
Masih hangat segar menjalar
Melilit tangkai iman

Bermula dari garis permulaan.
Langkah culas ku tersarung sepatu
Bersih, putih
Melihat perlumbaan bermula
Betapa aku takut
Melihat manusia berlari
Menuju hidup
Aku masih mengensot lemah
Mengendong saratnya khuatir, kebimbangan
Meratui hati.

Tanpa sedar
Aku tahu siapa aku
Cuma makhluk Dia yang lemah
Berat memikul dosa
dengan pahala yang mampu diseret
ringan
Entah masih dalam perhitungan.
Aku tahu siapa aku
Dalam sedar
Aku menanggung persoalan
Cemburu melihat kasih yang Allah kurnia
bukan pada aku
Aku cuma manusia yang meminta-minta
Tanpa mahu menggerakkan tulang-belulang ku
Hanya mahu duduk dan terus berserah
Mana mungkin akan Allah kasihan.

Dalam sedar dan tanpa sedar
Aku tahu kelemahan dan kekuatan yang aku sembunyikan
di sebalik hati yang malas,
Dalam tanpa sedar dan sedar
Aku sedang berusaha
Mencipta pelangi indah dalam hidup
Merangka sebuah ingatan terpalit dalam setiap kisah
Merencana perjalanan dengan sepatu usang
Sebuah hidup menggapai dunia menggenggam syurga
Insyaallah

No comments: