Saturday 22 October 2011

Kau tahu apa yang aku fikir?



Aku rasa semacam ingin menulis..
Berat ingin bangkit dari pembaringan..

Kau tahu?
Aku tidak tahu ingin menulis perihal apa..
Cerita basi dunia?atau perihal cinta yang memualkan?


Kadang-kadang aku tersentuh
Dengan nilai suci cinta
Tak pernah cinta menjanjikan bahagia sepenuh masa
Kau tahu?
Cinta yang aku kenal?
Cinta yang terkadang bahagia
Cinta yang terseksa dengan masa
Cinta tak lagi bebas, 
bebas berbicara
Kau tahu?
Aku kenal cinta daripada derita
Tika itu,
Tak pernah aku rasa cinta itu satu rahmat
Kau tahu cinta bagiku hanya mimpi
Mimpi yang hanya mampu berdusta
Kau tahu?
Aku muak dengan kisah cinta


Aku tahu kini,
Cinta itu memang sengsara,
mencerna hati dan semangat menjadi satu,
Aku tahu,
Apa itu cinta,
Cinta yang mengajar aku dan kau
Nilai sekelumit kasih dan sayang
Cinta itu mengajar kau dan aku
Agar tidak terus mengalah

Kerana cinta juga 

Aku tak mampu untuk terus berhenti ....

2 comments:

Unknown said...

bicara tentang cinta tak pernah ada sudahnya.hikhik

Cielo.Zunnurien said...

betul ^^..