Thursday 18 August 2011

Duhai Hati



Duhai hati
Usah kau bersedih 
Kala malam menutupi hari


Wahai hati 
Yang berlagu sayu
Kala dugaan datang bertalu
Janganlah kau menangis, payah
Kesatlah air matamu
Kerana dugaan itu untuk datang
Untuk mempersiapkan dirimu
Ke Jannah yang hakiki


Wahai diri
Kuatkanlah semangatmu
Gagah menempuh halangan 
Tegas mencari redha-Nya
Garang mendidik nafsu
Yang menumpang sucinya hati

Biar kelak tanganmu disambut ar-rijal soleh 


Di hadapan pintu-pintu Firdausi.....