Sebahagian tanda² akhir zaman
1. Masa menjadi singkat & pendek.
Imam an-Nawawi رحمه الله berkata: "Maksud "masa menjadi
singkat" ialah tiada keberkatan pada masa itu sehingga
dirasakan masa yang dipergunakan 1 hari itu umpama 1
saat."
2. Berkurangnya amalan.
Hanya sedikit amalan yang dapat dilakukan kerana
banyaknya halangan samada dari syaitan manusia atau
syaitan jin.
3. Didatangkan sifat bakhil.
Sifat ini boleh dikatakan mengenai ramai manusia. Orang
alim bakhil dengan ilmunya, tukang masak bakhil dengan
resepinya, orang kaya bakhil dengan hartanya dll. Mereka
menyangka bahawa jika dikongsikan dengan orang lain,
maka habislah ilmu & harta mereka.
4. Fitnah di mana², tersebar dengan meluas.
5. Pembunuhan di kalangan manusia kerana benci & tamak
haloba.
~ Tanda² kiamat ini dipetik dari hadis riwayat Imam al-
Bukhari رحمه الله di dalam kitab Mukhtasor ibn Abi Jamrah.
No comments:
Post a Comment