Manusia mencoret kanvas dengan warna
Aku melukis dengan kata-kata
...
Aku berbaring
Memainkan semula pita-pita kenangan kelmarin
Keindahan yang terkecapi
Aku bagai melukis sebuah potret sempurna
Segala cantik di bebola mata
Jari ku menguis-nguis udara
Bagai mengayam kembali
Jahitan cerita kita
Keluhan berat terlepas
Dari kekangan
Aku kini masih dipenjara
Bayang itu mengejar ku
Tak mahu lupa
Atau adakah aku ini,
Terlalu menabung emosi?
Atau masih bermimpi!
Di atas tilam
Aku mengarang bahasa basi lagu
Semuanya terilham oleh kisah mu
Walau berlabuh sekejap
Cukup memberi impak
Ke atas hidup ku
Tutup sebelah mata
Tak mahu lena
Bibir masih lagi menguntum senyum
Walau tahu aku di tipu
Hati masih percaya
Bodoh !!
Ku sangka sukar untuk lena
Memejam mata
Tapi lagi sukar terjaga
Dari mimpi yang lena
Kerana aku masih ingat lagi
Bahawa aku di canang
Sebagai 'Mozart' mu.
Tapi bagi mengindah cerita
Jadi luar biasa
Aku jadi 'Muse' dan kau 'Mozart'ku
Dan kini aku masih termimpi dan bermimpi kan kamu
No comments:
Post a Comment