TANDA PERTAMA
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya
dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada
mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari
hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami
getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti
daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging
tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan
berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka
getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan
kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran
atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu
sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan
kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk
memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau
ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian
pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang
tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil
daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas
kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang
masa.
Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan
wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang
terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi
kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang
diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang
tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah
dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini
dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan
memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita
nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan
bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh
dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang
terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan
merasakan satu denyutan di
sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu
Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu
keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke
pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah
dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut
untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Wallahualam............
copy paste dari bicara islam