Sunday, 19 May 2013
Semalam
Aku masih lagi
Membilang guna jari
Seperti masih ada yang kurang
Ah!!
Dia, dia dan dia
Semua manusia
Yang menoreh, mencalar dan menikam
Hati yang tidak bisa aku sembuhkan ini
Sukar
Payah
Untuk melupakan
Apa-apa yang aku cintai
Tapi Ya Allah
Aku mencuba
Mencuba melupakan
Kembali,
Kau mengutus dia
Seseorang yang manis senyumnya
Tertawan aku dengan lagak
Tutur dan caranya
Bukan kah itu
Menghampiri kesempurnaan!!
Ya Allah,
Tahu?
Aku tidak tahu
Bagaimana harus ku nyatakan
Bisik rasa ini
Hanya Kau mengerti
Hanya Kau yang tahu
Hati ku tidak cukup kuat ya Allah
Betapa aku kenal peritnya kehilangan
Aku tidak bersedia
Dan merajuk
Tak mahu sedia
Apakah makna ketakutan ini
Wahai Tuhan yang aku cintai?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment