Dia mendatang
Dan berlalu
Pergi tanpa khabar
Katanya biar sakit sekejap
Kerana dia tak mahu berpura-pura
Yang semalam biarkan berlalu
Seperti musim silih berganti
Tetap berlalu pergi
Hadir tanpa salam
Pergi tanpa pesan
Aku dah terbiasa
Walau janggal
Kerana semua pergi
Berlalu dan terus pergi
Sepertinya
Aku bukan manusia
Kerana hilang rasa
Biar sejuta kertas terbazir
Kerana aku mengarang coret luka
Terpalit di sudut hati
Biar hidup tergenggam payah
Dia kata semuanya akan berlalu
Walau aku menulis|
Dia tak kan baca
Jadi apa guna?
Biar je lah semua berlalu
Kerana Tuhan lebih tahu
No comments:
Post a Comment