Aku tak tahu
Bagaimana ingin memuntahkan
Kata-kata
Berlegar dalam benak
Dia
Layan kerenah ku
Bagaikan hartanya
Nilai ku pada dia
Umpama menjaga indahnya bulan
Bagaikan cerita mitos
Matahari yang mencintai sang bulan
Dia
Tahukah?Mitos itu?
Matahari gagah, indah menerangi dunia
Bulan hanya si peminjam yang hodoh
Indah kabar dari wajahnya
Tidak mahu berbohong
Kerana itulah aku
Dia
Aku layan tanpa hati
Merajuk sanubarinya
Aku tahu
Tapi aku menipu
Diri aku
Agar tak hadir rasa itu
Bersalah!
Dia
Mengapa kamu kemari
Alangkah manisnya
Jika tanggal itu
Bukan kamu yang aku bertemu
Kapal terbang itu
Menujah awan kematu
Atas langit tinggi
Yang selalu aku ungkit
Dengan kamu
"Eh! lihat itu kapal terbang"
Dia
Fikirnya kenapa?
Adakah kerana aku terlalu sukakan kapal terbang?
Fikir sejenak
Bukan!
Kapal itu adalah memori
Harapan aku terhadap 'dia'
Dia
Walaupun aku gumamkan
"aku sudah lupakan posisi dia dalam hati"
Begitu, masih aku terjah
Berita tentang 'dia' saban waktu
Dia
Sukar untuk aku buang jauh
Aku tak tahu
Kenapa dan mengapa
Aku tak mahu
Menyiksa jiwa suci
Yang manis itu
Dia
Pergilah
Terbang tinggi
Aku mahu dia pergi
Cari dirinya yang mahal itu
Biar satu dunia tahu
Upaya nya dia
Dia
Aku tak mahu
Membunuh diri nya
Senyap-senyap
Cukuplah
Sudah sampai sini
Dia mengukir janji
Pada pohon-pohon rendang itu
Namun, jika selepas terbang
Lihat dunia yang gah ini
Jika nya masih kembali padaku
Pinanglah aku dengan doa mu
Dia
Aku tunggu di sini
Jika hati nya masih terukir nama ku