Luputkan segala
Dari pita memori
Tali pita terburai
Mahu aku hambur segala kesalahan
Keluar, biar tidak berkuman
Virus yang masih menular dalam hati
Di hempuk dosa
Aku tertipu
Kata-kata dusta
Dibisik terus ke hati
Menggugah kewarasan
Aku terjelepuk kalah!
Tersia
Pengharapan hingga
Ke hujung dunia
Masakan berpenghujung
Masih lagi aku berharap
Aku amnesia
Mahu mulakan semua semula